Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam


Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam atau nama ringkasnya SK Bandar Bukit Kayu Hitam, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.

Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam
Lokasi
Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
MotoBerjaya Sentiasa Berjaya
Nombor sekolah049661266
Kod sekolahKBA4023
Map


Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam asalnya Sekolah Kebangsaan Laka Temin. Sekolah Kebangsaan Laka Temin diasaskan pada tahun 1985 dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara, Changlun sebelum berpindah ke Sekolah Menengah Bandar Bukit Kayu Hitam pada awal tahun 1986. Pada pertengahan tahun 1986 barulah berpindah ke bangunan sendiri dengan nama Sekolah Kebangsaan Laka Temin.

  Dari segi fizikalnya, Sekolah Kebangsaan Laka Temin mempunyai dua blok bangunan yang mempunyai bilik-bilik darjah, bilik-bilik sokongan, pejabat, bilik guru dan kantin. Sekolah Kebangsaan Laka Temin mempunyai keluasan 17.6 hektar. Pada awal penubuhannya, Sekolah Kebangsaan Laka Temin dikendalikan oleh 13 orang guru termasuk Guru Besar dengan bilangan murid seramai 279 orang.

  Untuk memberi satu imej baru demi mengelakkan sebagai ‘sekolah lading’, Sekolah Kebangsaan Laka Temin ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam. Gelaran itu diberi sempena perasmian sekolah ini pada 09 Julai 1988 oleh Menteri Pendidikan ketika itu, YB Encik Anuar bin Ibrahim. Sehingga kini nama sekolah ini kekal sebagai Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bukit Kayu Hitam.

  Surau Ar-Rahman telah dibina pada tahun 1998. Surau Ar-Rahman telah dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Haji Saad bin Haji Man pada 28 Jun 1998 untuk kemudahan warga sekolah dan murid untuk menjalankan aktiviti ibadah. Demi memantapkan serta memperkasakan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, sebuah makmal komputer telah dibina dan digunakan sepenuhnya pada tahun 2000.

  Sebuah blok baru tiga tingkat telah dibina pada tahun 2007 yang menempatkan Dewan Terbuka, Bilik BOSS, Bilik j-Qaf, Makmal Sains dan Bengkel Reka Bentuk & Teknologi telah dibina. Bangunan ini telah siap sepenuhnya dan diserahkan kepada pihak sekolah pada 18 Ogos 2009.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

SK Bandar Bukit Kayu Hitam,

06050 Bukit Kayu Hitam,

Kedah Darul Aman.

Pautan luar sunting