Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir

Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir atau nama ringkasnya SK Bandar Hilir, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di No 17 Jalan Parameswara.

Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir
Lokasi
 Malaysia No 17 Jalan Parameswara, 75000, Melaka, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoKesabaran dan ketekunan punca kejayaan
Nombor sekolah6062822896
Kod sekolahMBB2038
Pengerusi PIBGAsri Bin Adom
PengetuaHjh Norzila Binti Ahmad
GPK Pentadbiran dan AkademikAziz Bin Jaafar
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridRosley Bin Mat Sih
Penolong Kanan KokurikulumHj. Muhammad Basharul Hafi Bin Azutdin
Faks6062813798
Laman sesawang

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir memiliki 656 orang pelajar lelaki, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 656 orang. Ia mempunyai seramai 52 orang guru.2009

Peta lokasi sunting

Fail:Peta2.jpg
Kedudukan sekolah dari pandangan atas

Sejarah sunting

 
Kelas tahun 1967

Malacca Government Preparatory School ialah nama pertama yang diberikan kepada Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir (SKBH) pada tahun 1908. Miss Isabella William dan Clive William telah ditugaskan untuk menubuhkan darjah 1. Miss Isabella dilantik menjadi guru besar kepada 26 orang murid. Manakala, Miss Clive ditugaskan sebagai Penolong Kanan. Yuran sebanyak RM 1.00 dikenakan kepada semua murid. Namun setahun kemudian, Mr. R.C. Dredge mengambil alih jawatan Miss Isabela yang meletak jawatan sebagai guru besar. Tahun 1915 pula memperlihatkan Mr. Richards menjadi guru besar. Pada tahun berikutnya, bilangan murid bertambah kepada 105 orang. Pada 1920, murid-murid terpaksa dibahagikan kepada empat kelas memandangkan jumlah murid mencapai 123 orang. Pada 1922, bangunan Maktab Perguruan Melayu Melaka (MPMM) iaitu bangunan lama SKBH sekarang ini telah diserahkan kepada “Malacca Government Preparetory School“ kerana maktab tersebut telah dipindahkan ke Tanjung Malim. Yuran sekolah pada 1923 dinaikan sebanyak RM 2.00 apabila murid mencecah 324 orang. Pada waktu ini, nama sekolah ditukar kepada Bandar Hilir English School (BHES).Yuran sekali lagi dinaikkan sehingga RM 2.50 pada 1926. Pada 1927 apabila Captain O.G. Williams menjadi Guru Besar, kelas khas untuk pelajar Melayu (Special Malay Class) ditubuhkan. Kebanyakan murid di seluruh negeri Melaka datang belajar di BHES. Dalam tahun ini juga pertukaran murid-murid dari BHES ke Tranquerah English School berlaku – untuk ke sekolah menengah semua murid BHES telah dihantar ke Sekolah Tinggi Melaka, Melaka. Apabila Mr. E.A.H. Ellis menjadi Guru Besar, pentadbiran sekolah menjadi lebih teratur dengan penggunaan rekod pendaftaran dan jadual kedatangan yang lengkap. Pada 1941, jawatan Guru Besar dipegang oleh P.F. Pereira (sebelum itu, ia dipegang oleh En. E.W. Reeve). Pada 1951, 2 blok bangunan bawah yang mengandungi 6 buah bilik darjah telah dibina di hujung padang berdekatan Jalan Chan Koon Cheng. Satu blok mengandungi 5 buah bilik darjah telah dibina berdekatan bangunan asal. Bilangan murid ialah 608 orang. Pada 1960 akibat daripada peningkatan murid kepada 1671 orang dan kelas yang tidak mencukupi, sekolah terpaksa dibahagi kepada dua sesi (pagi dan petang). Ia juga digelar BHES1 (sesi pagi) dan BHE2 (sesi petang). Malah, Guru Besar juga berlainan untuk kedua-dua sesi. Bahasa penghantar yang selama ini sebahagian besarnya ialah Bahasa Inggeris bertukar menjadi Bahasa Melayu pada 1970. Pada 1972, pembinaan 2 blok 1 tingkat yang mengandungi 14 buah bilik darjah lengkap berserta bilik Guru Besar, pejabat, tandas dan kantin dimulakan. Sekarang,[bila?] bangunan sekolah ini mengandungi 7 blok yang didirikan dalam kawasan 2 ekar 3 rd 25 pole[[:]] termasuk padang. Pada 1976, BHES ditukar nama kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Hilir (kini Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir).

Pentadbir sekolah sunting

Fail:Barisan pentadbir.jpg
Barisan pentadbir sekolah terkini

Falsafah SKBH sunting

  • Pendidikan di SKBH adalah satu proses untuk melahirkan murid-murid yang berpengetahuan, berkebolehan, berkemahiran, berketrampilan, berakhlak sebagai insan sempurna sepertimana yang dikehendaki keluarga, masyarakat, dan negara.
  • Untuk mencapai hasrat ini, warga SKBH semestinya bersikap dedikasi kepada kecemerlangan sekolah, memperbaiki hubungan dua hala, sentiasa hormat-menghormati, penuh komitmen, membuat perancangan bersama dan mengecap kecemerlangan melalui kerjasama

Visi SKBH sunting

  • Meningkatkan proses pendidikan di tahap yang terbaik dengan memantapkan amalan budaya kerja cemerlang.

Misi SKBH sunting

Menumpukan usaha, tenaga, kemahiran dan keterampilan dengan memberikan perkhidmatan dan pendidikan berkualiti supaya melahirkan semua murid menguasai 3M dan memupuk nilai-nilai murni ke arah membentuk insan yang sempurna dan berguna kepada keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Matlamat SKBH sunting

  • Memastikan anak didik diberikan pendidikan yang bermutu dan terbaik, untuk melahirkan insan yang sempurna dan berwawasan berteraskan Falsafah Pendidikan Negara.
  • Iklim dan budaya sekolah yang harmonis, muhibah dan adil, dapat mewujudkan budaya kerja dalam satu pasukan, bersemangat kekitaan serta memupuk sikap cintakan sekolah dan negara di kalangan warga sekolah.

Objektif SKBH sunting

  • Mempertingkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan maksimum Pusat Sumber Sekolah dan peranan panitia.
  • Mempertingkatkan disiplin agar anak didik mempunyai nilai-nilai murni dan akhlak mulia.
  • Mendapatkan kejayaan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.
  • Menanamkan nilai-nilai positif dan sikap bekerjasama, bertanggungjawab serta bertoleransi dalam semua bidang.
  • Memastikan semua murid mendapat pendidikan yang sama dan bermutu.


Lambang sekolah sunting

 

Warna sunting

    • Putih: Melambangkan kebersihan, ketekunan, berilmu, kejayaan dan keamanan yang disemaikan di sekolah yang tertulis di tapak putih itu
    • Biru: Melambangkan perpaduan dan muhibbah antara murd di sekolah ini
    • Merah: Melambangkan keteguhan dan ketekunan

Rupa bentuk sunting

Bulatan di tengah-tengah lencana dibahagikan kepada empat petak:

  • Petak sebelah kiri atas mengandungi huruf BH dan petak sebelah kanan bawah mengandungi ES. Huruf ini disatukan menjadi BHES (Bandar Hilir English School) yang melambangkan sebuah sekolah yang tertua dalam negeri Melaka yang diasaskan dalam tahun 1908.
  • Petak sebelah kanan atas mengandungi gambar Kota A Farmosa yang melambangkan sejarah silam Negeri Melaka
  • Petak kiri bawah melambangkan bunga bangsa.

Lagu sekolah sunting

Dengan irama ini, bergemalah di hati, Putera-putera sejati, mendukung cita murni, Kesabaran,ketekunan, jadi punca kejayaan, Berilmu,berjasa, amalan kita bersama, Sk bandar hilir, namamu tetap terukir Dijiwa dan di bibir hinggalah hayat berakhir, Bagai senada seirama, putera-putera berbilang bangsa Bersama-sama membina, nama sekolah tercinta.

Galeri sunting

Galeri Sudut Warisan sunting

 

Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah sunting

 
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan kali ke-60 Peringkat Sekolah
 
Lawatan kelas ke sudut kemerdekaan

Pautan luar sunting