Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian (Integ)

Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian (Integ) atau nama ringkasnya 'SeDar', merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di 1021 Jln Alsagoff.

Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian (SeDar)
Lokasi
 Malaysia 1021 Jln Alsagoff, 82000, Pontian,, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoRAJIN, USAHA, JAYA
Nombor sekolah076876877
Kod sekolahJBA6021[1]
PengetuaEn.Buhari bin Japri
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Rafidah binti Yusof
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Sharifah binti Ahmad
Penolong Kanan KokurikulumEn. Shahrom Nizam bin Abdul Rahman
Faks076869107
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian (Integ) memiliki 528 pelajar lelaki dan 502 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1030 orang. Ia mempunyai seramai 70 orang guru.2009

Sejarah sunting

SK Bandar Pontian mula di tubuhkan pada tahun 1907 oleh penduduk tempatan dengan nama asalnya Sekolah Melayu Pontian. Bangunan asalnya dibina daripada papan dan beratapkan nipah, kemudian digantikan dengan zink. Lokasi asalnya ialah tapak Bangunan Majlis Daerah Pontian sekarang.

Pada tahun 1929 sekolah ini telah berpindah ke tapak yang ada sekarang. Pada tahun 1935 pembinaan semula satu blok untuk pelajar lelaki dan satu blok untuk pelajar perempuan 1935 - Murid lelaki dan murid perempuan mula belajar bersama-sama dalam satu kelas di bangunan blok Arif 1937 - Bangunan Blok Bestari telah didirikan bagi menampung pertambahan murid pada masa itu 1988 - Pembinaan bangunan blok Cerdik 1987 - Kelas Pendidikan Kurang Pendengaran mula ditubuhkan dan bertempat dibangunan blok Bestari 1992 - SK Bandar Pontian telah dinaik taraf kepada sekolah gred A 1997 - Bangunan baru tiga tingkat telah dibina dan siap sepenuhnya pada tahun 2000 bagi mengatasi masalah kekurangan kelas kesan pertambahan murid 1998 - Sekolah rendah yang pertama di daerah Pontian menjalankan mata pelajaran Komputer dalam Pendidikan 2011 - Dua blok tambahan setinggi 4 tingkat dan kantin baru telah siap dan digunakan oleh warga sekolah

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian (Integ)
1021 Jln Alsagoff
82000, Pontian
Johor, Malaysia
Telefon = 6076876877
Fax = 6076869107


Rujukan sunting

Pautan luar sunting

http://m.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/karnival-sk-bandar-pontian-catat-kejayaan-1.552684