Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh


Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh atau nama ringkasnya SK Bandar Temerloh, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Merdeka.

Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh
Lokasi
Jalan Merdeka,, Temerloh, Pahang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerusaha Berjaya
Nombor sekolah6092901362
Kod sekolahCBA7032
Faks6092901360

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh memiliki 371 pelajar lelaki dan 344 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 715 orang. Ia mempunyai seramai 66 orang guru.2009

Sejarah sunting

Dibuka pada 8 Januari 1950. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Melayu Temerloh Town. Bangunan asalnya terletak di kawasan Kubang Gajah sekarang di pangkal Jambatan Temerloh. 

Pada peringkat awal pembukaannya hanya terdapat 5 orang guru dengan 149 orang murid sahaja. Guru Besar pada ketika itu ialah En. Mohd Sham B. Ali yang juga merupakan Guru Besar yang pertama.

Pada tahun 1982 bangunan baru telah dibina bagi menampung pertambahan bilangan murid. Pada tahun 1985 sebuah lagi bangunan baru dibina untuk murid tahun 5 dan 6 yang membolehkan sekolah ini menjadi sekolah satu sesi.

Pada 2 Disember 1992 Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran telah dibuka dengan 2 guru dengan 10 orang murid. 

Senarai Nama Guru Besar sunting

  1. En. Mohd Sham B. Hj Ali (8/1/1950 - 9/5/1951) 
  2. En. Mohamad Tahar B. Hj. Ali (10/5/1950 - 7/9/1952)
  3. En. Mohamad B. Tahir (8/9/1952 - 11/10/1958) 
  4. En. Hassan B. Ariff (12/10/1958 - 3/7/1966)
  5. En. Harun B. Md Saman (4/7/1966 - 13/1/1979)
  6. En. Chong Teck Yin (14/2/1979 - 3/1/1983)
  7. En. Ishak B. Hj Hitam (4/1/1983 - 15/8/1985) 
  8. Tn. Hj Sulaiman B. Hj Konit (16/8/1985 - 1991)
  9. En. Abu Bakar B. Muhamad (1991-1992)
  10. En. Jalil B. Muhammad
  11. Pn. Hjh. Norani Bt. Md. Yusoff
  12. En. Mohd Khadri B. Harith
  13. Tn. Hj. Riza B. Hj. Mohamad Shah (2003-2006)
  14. Tn. Hj. Azmi B. Hj. Muhammad (2006-2011)
  15. YM. Raja Ibrahim B. Raja Deraman (2011-2020)
  16. Puan Jamaiah binti Shamsuddin ( 2020- 2021 ) 
  17. En. Murad B. Mohamad ( 2021 - KINI )

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh,
Jalan Merdeka, 28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur, Malaysia
Telefon = 6092901362
Fax = 6092901360

Pautan luar sunting

http://sk-bandartemerloh.blogspot.my

Lihat juga sunting