Sekolah Kebangsaan Bangkau-Bangkau

Sekolah Kebangsaan Bangkau-Bangkau atau nama ringkasnya SK Bangkau-Bangkau, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 235, Pejabat Pendidikan Daerah Pitas.

Sekolah Kebangsaan Bangkau-Bangkau
Lokasi
Peti Surat 235, 89108, Kota Marudu,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSEPAKAT MENDEPANI CABARAN, MEREALISASI KECEMERLANGAN.
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahXBA5230
Pengerusi PIBGBAKRIN BIN SHAMSUDIN
Guru besarRUHANAH BINTI OMBOYOH
GPK Pentadbiran dan AkademikJOSS BIN SAIBUL
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMARDIAH BINTI SUMUDING
Penolong Kanan KokurikulumJAMALUDDIN BIN IBRAHIM
FaksTIADA


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bangkau-Bangkau memiliki 26 pelajar lelaki dan 23 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 49 orang. Ia mempunyai seramai 9 orang guru.2009

Pada tahun 2024 jumlah murid telah meningkat kepada 56 murid lelaki, manakala 32 murid perempuan menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 88 murid. Sekolah ini mempunyai seramai 12 orang guru.

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Bangkau Bangkau Pitas telah dibina pada tahun 1999 bertempat di Kampung Bangkau Bangkau Pitas dalam sebidang tanah berkeluasan 5 ekar yang didermakan oleh penduduk kampung tersebut iaitu En. Uging Bin Kuddieng, En. Shamsudin Bin Unui dan En. Awak Bin Kamsah. Terletak kira-kira 3.5 KM daripada PPD Pitas. Dibina dengan hanya satu blok bangunan yang dibahagikan kepada 1 ruang untuk bilik guru dan 3 ruang untuk bilik darjah. Di awal pembukaannya, sekolah ini beroperasi sebagai sekolah cawangan SK. Rosob Pitas disebabkan jumlah murid dan guru yang sedikit. Pada tahun 2000, sekolah ini telah mula beroperasi sendiri dengan jumlah murid berdaftar seramai 165 orang dan 6 orang guru. En. Abd Malek Bin Malanuh dilantik sebagai guru menjalankan tugas Guru Besar pada masa itu.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Bangkau-Bangkau
Peti Surat 235,
89108, Kota Marudu
Sabah,   Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting