Sekolah Kebangsaan Batu Keling

Sekolah Kebangsaan Batu Keling atau nama ringkasnya SK Batu Keling, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Belaga.

Sekolah Kebangsaan Batu Keling
Lokasi
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Belaga, 96900, Belaga,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERDISPLIN BERILMU BERBAKTI
Nombor sekolah6086469152
Kod sekolahYBB7209
Pengerusi PIBGEncik Tirah Lawai
PengetuaEncik Apoi Job Ngerong
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Jackson Terang Lenjau
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Madina Bit
Penolong Kanan KokurikulumEncik Lidem Ngo
Faks6086469152


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Batu Keling memiliki 523 pelajar lelaki dan 467 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 990 orang. Ia mempunyai seramai 49 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Batu Keling (dahulunya dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Long Asap) merupakan sebuah sekolah rendah yang terbesar di daerah Belaga.

Nama Sekolah Kebangsaan Batu Keling secara rasminya digunakan sempena mengambil nama sekolah yang terawal berpindah ke kawasan penempatan semula Hidro Bakun pada 18 September 1998.

Staf dan murid SK Batu Keling kemudiannya berpindah ke Sekolah Kebangsaan Long Gang pada 5 April 1999.

SK Batu Keling terdiri daripada gabungan 4 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Long Linau, Sekolah Kebangsaan Long Jawe, Sekolah Kebangsaan Long Bulan dan Sekolah Kebangsaan Long Panggai.

Pada tahun 2022, SK Batu Keling menerima peruntukan sebanyak RM5.9 juta ketika sedang dinaiktaraf.[1]

Pencapaian sunting

Sekolah Kebangsaan Batu Keling mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi 2013

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Batu Keling
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Belaga
96900, Belaga
Sarawak,   Malaysia
Telefon = 6086469152
Fax = 6086469152

Pautan luar sunting