Sekolah Kebangsaan Batu Lapan


Sekolah Kebangsaan Batu 8 atau nama ringkasnya SK Batu 8, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.[1]

Sekolah Kebangsaan Batu 8
Lokasi
Sik, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan (2007-06-07) 7 Jun 2007 (umur 16)
Nombor sekolah044620015
Kod sekolahKBA8020
Faks044620032
Laman sesawang


Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Batu Lapan mula dibina pada 07 Jun 2007, iaitu dari tarikh pemilikan tapak di atas sebahagian Lot 689 mukim Sik merangkumi keluasan keseluruhannya 3.648 hektar atau 9.014 ekar. Ianya terletak di pinggir Bukit Enggang di Kampung Charok Sejuk kira-kira 3 kilometer dari Pekan Sik melalui jalan utama Sik-Gurun.

Secara rasminya Sekolah Batu 8 memulakan sesi persekolahan pertamanya pada hari Isnin bersamaan 01 Mac 2010. Tarikh siap asal bangunan sekolah ialah pada 06 Disember 2008. Namun, atas sebab-sebab teknikal, ia siap sepenuhnya pada 20 Disember 2009. Majlis penyerahan bangunan sekolah ini telah diadakan pada 03 Februari 2010 dan disempurnakan oleh wakil daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan Pengarah Pelajaran Kedah iaitu Tuan Haji Shahidan Bin Abd. Rahman. Turut bersama beliau, Pegawai Pelajaran Daerah Baling/Sik Tuan Haji Abdul Rashid Bin Yosop, Ketua-ketua Sektor daripada Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah seluruh negeri Kedah termasuk tiga orang guru yang dilantik sebagai “caretaker” SK Batu 8 iaitu Encik Abd. Rahim Bin Abdul Rashid (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Kuala Merah), Puan Rohana Binti Lebai Yahya (Penolong Kanan Kokurikulum SK Sik) dan Encik Izhar Bin Ishak (Guru Penolong SK Seri Dusun).

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting