Sekolah Kebangsaan Beliong

Sekolah Kebangsaan Beliong atau nama ringkasnya SK Beliong, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di D/A PPD Samarahan, Jalan Dato Mohd Musa.

Sekolah Kebangsaan Beliong
Lokasi
D/A Ppd Samarahan, Jalan Dato Mohd Musa, 94300, Kota Samarahan, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahYBE1327
Guru besarENCIK MOHD HATTA BIN ABDUL WAHAB
GPK Pentadbiran dan AkademikENCIK MALIM BIN DUBI
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridENCIK AHMAD BIN SIDI
Penolong Kanan KokurikulumENCIK SHUKRI BIN ANGGON
FaksTIADA


Tahun 2022 jumlah keseluruhan Murid ialah : 12 orang murid pra sekolah dan 46 orang murid perdana. Bilangan guru pula seramai 13 orang dibantu oleh 3 orang AKP serta 4 orang pekerja swasta.Bilangan kelas termasuk pra sekolah adalah 7 buah .

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Beliong telah ditubuhkan sekitar tahun 1976 oleh pengasasnya iaitu Tuan Haji Sani bin Zainal anak jati kampung Beliong sendiri. Sejarah yang terperinci tidak dapat diperolehi kerana maklumat yang disimpan di sekolah tidak lengkap. Beliau kemudiannya menjadi Guru Besar yang pertama bagi Sekolah Kebangsaan Beliong pada pada ketika itu.

Beliau merupakan penggerak utama sehingga terbinanya sekolah ini. Bangunan permulaan adalah sebuah blok kayu yang serba kekurangan kerana tiada bekalan asas seperti elektrik, air dan jalan. Pengangkutan utama di sini adalah menggunakan laluan sungai. Pada ketika itu SK Beliong ditadbir dibawah Jabatan Pendidikan Bahagian Pertama, Kuching.

Pada 23 Mac 1976 satu perjanjian telah ditandatangani diantara penduduk kampung dengan Jabatan Pelajaran Bahagian Pertama, Kuching berkenaan dengan status tanah kepunyaan Tuan Haji Hiffai bin Bujang seluas 2.95 ekar ( O.T.No 16438 ) yang akan di ambil milik oleh Kerajaan.

Pada tahun 1976 bilangan murid yang mula belajar di darjah 1 meningkat dari 23 orang kepada 27 orang. Berdasarkan kepada catatan Kertas Rasmi bertarikh 26.4.1976 pihak sekolah telah memohon buku teks tambahan bagi kegunaan murid untuk belajar bagi setiap matapelajaran yang mereka pelajari.

Kini Sk Beliong telah banyak melalui arus perubahan semasa dengan jumlah kelas terkini sebanyak 7 buah termasuk kelas prasekolah, 13 orang guru, 3 orang AKP, 2 orang pekerja pembersihan kawasan swasta, 2 orang pengawal keselamatan dan 58 murid keseluruhannya.


GURU-GURU        

Encik Mohd.Hatta bin Abdul Wahab -Guru Besar ( DG44 )

Encik Malim bin Dubi                        -Guru Penolong Kanan Pentadbiran ( DG44 )

Encik Ahmad bin Sidi                        -Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ( DG44 )

Encik Shukri bin Anggon                    -Guru Penolong Kanan Kokurikulum ( DG44 )

Puan Hamsah binti Ahmad                  -Guru Penolong ( DG44 )          

Ustazah Nurin Izzati bt.Samsul Kamar -Guru Penolong ( DG41 )

Encik Mohd Wahidi bin Zainal Abidin     -Guru Data ( DG48 )

Encik Mohadi bin Bahrol                         -Guru Penolong ( DG32 )

Encik Sirai A/K Ilong                              -Guru Pemulihan ( DG44 )

Ustazah Fatimah binti Kipli                      -Guru Penolong ( DG44 )

Puan Mala Anak Albert Ramin                -Guru Penolong ( DG44 )

Puan Norpaziah binti Bolhi                     -Guru Pra Sekolah ( DG41 )

PENTADBIRAN PEJABAT & PENGURUSAN AM

 Pembantu Tadbir                             :  Puan Hawa binti Suhaili (N19)

 Pembantu Am Pejabat                     :  Encik Jailani bin Jeini (N11)

 Pembantu Pengurusan Murid          : Puan Narmah binti Ibrahim

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Beliong
D/A Ppd Samarahan, Jalan Dato Mohd Musa
94300, Kota Samarahan
Sarawak, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Pautan luar sunting