Sekolah Kebangsaan Benoni


Sekolah Kebangsaan Benoni atau nama ringkasnya SK Benoni, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 186.

Sekolah Kebangsaan Benoni
Lokasi
Papar, Sabah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6088913003
Kod sekolahXBA4204
Faks6088913891

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Benoni memiliki 330 pelajar lelaki dan 265 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 595 orang. Ia mempunyai seramai 43 orang guru.2009

Sejarah sunting

Tapak asal Sekolah Kebangsaan Benoni pada awalnya terletak di surau besar Kampung Benoni. Namun pada tahun 1941, Ampuan Oman Bin Ampuan Apong yang merupakan Ketua Anak Negeri (native Chief) Daerah Papar telah bersetuju untuk mewakafkan tanah yang dimiliki oleh beliau untuk dijadikan tapak Sekolah yang baru. Pembinaannya bermula pada tahun 1941 dan siap pada tahun 1942. Sekolah tersebut telah dirasmikan oleh Pemerintah Jepun ketika itu. Bangunan asal sekolahnya terdiri daripada rumah guru dan sebuah kelas yang boleh menempatkan kira-kira 30 orang murid. Dinding bangunan dan atap bangunan tersebut diperbuat daripada atap nipah. Guru besarnya ialah Idris bin Achin yang berasal daripada Tanah Melayu. Beliau dibantu oleh penolongnya bernama Ghulam Din. Kini SK Benoni masih kekal di tapak yang telah diwakafkan oleh Ampuan Oman. Malah bangunan asal yang berdinding dan beratap nipah telah digantikan dengan bangunan baru.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Benoni
Peti Surat 186
89608, Papar
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088913003
Fax = 6088913891

Pautan luar sunting