Sekolah Kebangsaan Bohor


Sekolah Kebangsaan Bohor atau nama ringkasnya SK Bohor, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.

Sekolah Kebangsaan Bohor
Sekolah Kebangsaan Bohor.jpg
Lokasi
Alor Setar, Kota Setar, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
MotoILMU SULUH HIDUP
Kod sekolahKBB2080
Guru besarPuan Zainab binti Haji Mustapa
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Zainudin bin Zainol
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Emiliza binti Othman
Penolong Kanan KokurikulumEncik Yazaeraman bin Yasin


SejarahSunting

Sekolah Rendah Kebangsaan Bohor dinamakan sempena Kampung dimana ia terletak iaitu Kampung Bohor. Bohor membawa erti “kawasan tanah dalam”.

Sekolah Rendah Kebangsaaan Bohor dahulunya dikenali sebagai Sekolah Inggeris Hutan Kampung. Ia ditubuhkan pada tahun 1958, setahun selepas Negara mencapai kemerdekaan.

Bangunan sekolah dibina pada tahun 1957. Terdapat empat bilik darjah, sebuah bilik pejabat dan sebuah tandas. Sesi persekolahan pertama bermula pada 1.1.1958 dengan dua orang tenaga pengajar dan lapan orang murid. Pada tahun itu hanya ada Darjah Satu sahaja. Murid dalam kelas tersebut terdiri daripada enam orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan.

Mr Baharum b. Hashim dilantik sebagai Guru Besar dan dibantu oleh Cik Rokiah bt Hashim iaitu seorang guru sementera. Bahasa pengantar sekolah ini ialah Bahasa Inggeris.

Sekolah ini pernah dikenali sebagai “Special Malay School” dan kemudiannya “Sekolah Rendah Kebangsaan Hutan Kampung”. Tenaga pengajarnya ialah guru-guru lepasan DTC (Days Training College).

Pada tahun 1990 pula sekolah ini ditukarkan nama kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Bohor kerana ramai orang sering keliru dengan Sekolah Kebangsaan Hutan Kampung.

Tahun 1998 semua sekolah diselaraskan menjadi Sekolah Kebangsaan. Oleh itu nama sekolah ini sekali lagi ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Bohor

PencapaianSunting

AlamatSunting

Pautan luarSunting