Sekolah Kebangsaan Bukit Batu, Johor

Sekolah Kebangsaan (LKTP) Bukit Batu atau nama ringkasnya SK LKTP Bukit Batu, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di JKR 3820, LKTP Felda Bukit Batu.

Sekolah Kebangsaan (LKTP) Bukit Batu
Lokasi
JKR 3820, LKTP Felda Bukit Batu, 81000, Kulai,, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6076512405
Kod sekolahJBA8005[1]
Faks6076512405
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google


Latar Belakang sunting

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan (LKTP) Bukit Batu memiliki 196 pelajar lelaki dan 190 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 386 orang. Ia mempunyai seramai 29 orang guru.2009

Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit batu terletak di kawasan seluas lebih kurang 8 ekar di tengah-tengah penempatan Felda Bukit Batu, kira-kira 27 KM dari Bandar Kulai. Sekolah ini dibuka pada hari Ahad 1965 untuk menampung keperluan pendidikan asas anak-anak peneroka yang baru berpindah masuk ke kawasan penempatan ini. Tanaman yang diusahakan pada ketika itu adalah getah, tetapi kini kebanyakan peneroka felda ini lebih memilih untuk menanam kelapa sawit. Bangunan asal seolah ini merupakan satu blok bangunan papan yang mengandungi 6 buah bilik darjah, 1 buah pejabat Guru Besar, 1 blok tandas, dan 1 blok kantin. Enrolmen murid terus bertambah sehingga memerlukan satu blok tambahan dua tingkat yang dibina pada tahun 1970 , mengandungi 6 buah bilik darjah dan tandas. Pada tahun 2000, dengan keprihatinan pihak kementerian pendidikan sekali lagi sekolah diperuntukan dengan bangunan 4 tingkat di mana ia mengandungi 1 unit makmal sains, 1 unit bilik Kemahiran Hidup (KH), 1 unit bilik mesyuarat, 1 unit bilik guru, 1 unit bilik komputer, 6 unit bilik darjah, 1 unit bilik muzik, 1 unit pusat sumber dan tandas guru serta murid.

Lima buah rumah guru telah dibina, namun kedudukan sekolah yang jauh dari jalan utama dan Bandar Kulai, maka rumah guru telah ditambah mejadikan 11 unit. Malah, dengan pembukaan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Felda Bukit Batu tidak lagi terpencil dan mudah dihubungi.

Murid-murid sekolah ini terdiri daripada anak-anak peneroka, cucu peneroka, pegawai PLUS, anak penduduk Kg Pekan Bukit Batu, pekerja-perkerja ladang atau dari kilang yang berhampiran.

Lagu Sekolah sunting

Sekolahku yang permai
Tempatku menimba ilmu
Jasa dan baktimu tetap diingati
Mendukung masyarakat maju

SK LKTP Bukit Batu
Teras pendidikan negara
Pengorbanan guru tidak kami lupakan
Membentuk insan berhemah mulia

Guru mendidik penuh dedikasi
Ke arah sekolah bestari
Murid cemerlang Negara gemilang
Itulah cita-cita yang murni

Sekolahku yang tercinta
Megah membangun bersama
Pengetahuan asas kemajuan
Semoga kekal selamanya

Pencapaian sunting

"District Best Conductor" dalam pertandingan choral speaking peringkat daerah oleh, adik Zulhairi Suffian Bin Sahaludin.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan (LKTP) Bukit Batu
JKR 3820, LKTP Felda Bukit Batu
81020, Kulai
Johor, Malaysia
Telefon : +6076512405
Fax  : +6076512405


Rujukan sunting

Pautan luar sunting