Sekolah Kebangsaan Bukit China


Sekolah Kebangsaan Bukit China atau nama ringkasnya SK Bukit China, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di kawasan bandar beralamat di 155-A, Jalan Puteri Hang Li Poh, 75100 Melaka.

Sekolah Kebangsaan Bukit China
Lokasi
155-A Jalan Puteri Hang Li Poh, 75100, Melaka, Melaka Bandar Bersejarah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIlmu Suluh Hidup
Ditubuhkan (1929-01-02) 2 Januari 1929 (umur 95)
Nombor sekolah6062824752
Kod sekolahMBA2001
Pengerusi PIBGEncik Ahmad Farizal bin Hj Abd Hajat
Guru besarTuan Haji Zaini bin Ninggal
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Lisa binti Mohamad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Shahrizan bin Abdul Hamid
Penolong Kanan KokurikulumEncik Ahmad Mustaqim bin Hashim
Faks6062824752

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bukit China memiliki 144 pelajar orang lelaki dan 72 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 216 orang. Ia mempunyai seramai 28 orang guru.2009

Pada tahun 2017, jumlah murid Sekolah Kebangsaan Bukit China ialah seramai 217 orang murid pelbagai aliran, iaitu 134 orang murid lelaki dan 83 orang murid perempuan. Manakala jumlah guru pula seramai 29 orang guru dengan guru lelaki seramai 11 orang dan guru perempuan seramai 18 orang. Kemasukan murid meliputi aliran perdana, pra sekolah, program pendidikan khas integrasi dan pra sekolah integrasi.

Sejarah sunting

Latar belakang penubuhan sekolah sunting

Sekolah ini telah didirikan pada 2 Januari 1929 oleh kerajaan British yang menakluki Melaka pada ketika itu dengan tujuan memberi pendidikan menulis, membaca, dan mengira kepada anak-anak Melayu di Kampung Bukit China dan kawasan sekitarnya.

Menurut Tuan Haji Hashim bin Datuk Demang Haji Abdul Ghani, Sekolah Kebangsaan Bukit China telah diusahakan penubuhannya oleh ayah beliau sendiri iaitu Datuk Demang Haji Abdul Ghani bin Haji Abdul Manan, JP. yang pada ketika itu menjadi Demang Durian Daun. Beliau menjelaskan bahawa sekolah asalnya terpaksa ditutup kerana muridnya telah bertambah ramai“Sekolah asalnya terpaksa ditutup kerana muridnya telah bertambah ramai.

Menurut Allahyarham Tuan Haji Hassan bin Haji Mohamad pula, Sekolah Kebangsaan Bukit China sekarang berasal daripada cantuman dua buah sekolah. Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Melayu (Agama) Bukit China yang terletak di Lorong Bukit China dan Sekolah Melayu (Agama) Pengkalan Rama.

Allahyarham Tuan Haji Hassan menjelaskan bahawa Guru Besar Sekolah Melayu (Agama) Lorong Bukit China pada masa itu ialah Allahyarham Cikgu Abdullah yang menjadi Imam Surau Bukit China dan Guru Besar Sekolah Melayu (Agama) Pengkalan Rama pula ialah Allahyarham Cikgu Othman yang juga menjadi imam Masjid Pengkalan Rama.

Bangunan sekolah sunting

Bangunan Sekolah Kebangsaan Bukit China yang didirikan pada tahun 1929, berbentuk “U” masih kekal hingga ke hari ini. Bangunan ini separuh batu dan separuh kayu. Atap bangunan ini atap genting. Bahagian bawah bangunan ini tidak berkepung. Papan hadang digunakan untuk memisahkan antara satu darjah dengan darjah yang lain.

Kelengkapan bilik darjah terdiri daripada papan hitam berkaki, sebuah almari, meja guru, kerusi guru, meja panjang murid dan bangku panjang murid yang boleh diduduki oleh dua orang murid. Pada masa itu tidak ada pejabat sekolah dan bilik Guru Besar. Bersama dengan bangunan sekolah ini didirikan juga 4 buah rumah guru.

Pada 14 Mac 1964, sekolah ini mendapat bangunan tambahan dua bilik darjah dan sebuah pejabat. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Encik Abdul Ghafar bin Baba yang pada ketika itu menjadi Ketua Menteri Melaka.

Pada awal tahun 1977, sekolah ini mendapat tambahan sebuah bangunan baru berharga RM 170,000.00. Bangunan ini telah dibuka dengan rasminya pada 6 November 1977 oleh Datuk Setia Haji Abdul Ghani bin Ali yang pada ketika itu menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka.

Kawasan sekolah sunting

Sekolah Kebangsaan Bukit China terletak di kawasan seluas 4 ac. Ir. 24.2p.Tanah ini asalnya milik Demang Haji Abdul Ghani bin Haji Abdul Manan, JP. Selain bangunan berbentuk “U” dan rumah guru yang didirikan di kawasan sekolah ini pada peringkat awalnya, terdapat juga sebuah padang permainan dan kebun pertanian untuk kegunaan murid-murid sekolah pada ketika itu.

Pada tahun 1958, sebahagian daripada padang sekolah ini telah diambil oleh Jabatan Pelajaran Melaka untuk pembangunan Asrama Murid-murid Lelaki Sekolah Menengah. Bangunan asrama ini telah dirobohkan pada akhir tahun 1982 bagi tujuan membina sebuah padang untuk murid-murid sekolah ini. Pada tahun 1988, padang sekolah ini telah siap dibina.

Murid-murid sunting

Sekolah ini bermula pada tahun 1929 dengan bilangan murid seramai 100 orang. Namun begitu, pertambahan murid mula berlaku pada setiap tahun kerana kesedaran ibu bapa terhadap perlunya pendidikan kemahiran menulis, membaca dan mengira kepada anak-anak mereka. Pada tahun 1966, jumlah murid sekolah ini meningkat kepada 700 orang. Selepas itu, jumlah ini semakin menurun lantaran berlakunya pembangunan dan bertambahnya bilangan sekolah.

Pencapaian murid sekolah ini hingga ke darjah 6 sahaja pada tahun 1929. Manakala pada tahun 1955, murid diberi peluang belajar hingga ke darjah 7. Apabila mereka berjaya dari sekolah ini, mereka akan dilantik menjadi guru sekolah rendah (Guru Latihan Normal). Namun begitu, ada juga murid sekolah ini yang dapat melanjutkan pelajaran mereka ke Kelas Khas Melayu (Special Malay Class) dengan menggunakan bahasa pengantar Bahasa Inggeris. Pada tahun 1957, murid-murid yang lulus peperiksaan darjah 6 akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Melayu

Profil sekolah sunting

Warna bendera sunting

  • Biru muda: Kerjasama erat antara warga SKBC

Lencana sunting

  • Obor: Semangat membara untuk berjaya
  • Bukit: Kedudukan kawasan dan fizikal sekolah
  • Buku: Warga SKBC celik ilmu pengetahuan
  • Orang bersukan: Maju dalam sukan
  • Alat sains: Berdaya saing dalam bidang sains dan teknologi
  • Kuning: Semangat perpaduan
  • Biru gelap: Semangat perpaduan
  • Hijau: Segala aktiviti yang dilakukan berlandaskan agama
  • Merah: Semarak untuk maju
  • Putih: Ikhlas

Visi sunting

  • Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi sunting

  • Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Senarai Guru Besar sunting

  1. Allahyarham En. Othman bin Md Amin 1929-1934
  2. Allahyarham En. Md Jai bin Abdullah 1934-1935
  3. Allahyarham En Hassan bin Kelang 1935-1937
  4. Allahyarham Hj Md Shah bin Yusof 1937-1940
  5. Allahyarham En Md Derus bin Md Arif 1940-1941
  6. Allahyarham En Abdul Wahab bin Mohd 1942-1943
  7. Allahyarham En Tambi Ibrahim bin Sulaiman 1944
  8. Allahyarham En Zainuddin bin Abu 1944-1946
  9. Allahyarham En Ahmad bin Haji Abdul Samad 1946-1954
  10. Allahyarham Haji Said bin Abu Bakar 1954-1958
  11. Allahyarham Haji Daud bin Haji Ali 1958-1963
  12. Allahyarham Haji Mohd bin Haji Long 1963-1964
  13. En. Ismail bin Hj Md Som 1965-1966
  14. Allahyarham En Haji Daud bin Haji Ali 1967-1970
  15. Allahyarham En Abdullah bin Md Said 1970
  16. En Hashim bin Abdul Rauf 1971-1973
  17. En Mohd Ramli bin Johan 1974-1979
  18. En Ramli bin Janggi 1980-1985
  19. En Naim bin Muhamad 1985-1986
  20. En Abu Samah bin Haji Mohd Aras 1986-1987
  21. En Ayub bin Jaamat 1988
  22. En Mohamad Ibrahim bin Haji Pitchay 1988-1996
  23. En. Mohd Som bin Hj Yaacob 1999-1999
  24. En. Zakaria bin Mahmod 1999-2001
  25. En. Mohd Ali bin Yusof 2001-2003
  26. Pn. Hajah Rosnani binti Jantan 2003-2008
  27. Pn Hajah Norsida binti Abdul Hamid 2008-2012
  28. Pn Hajah Hasmah binti Hitam 2012
  29. Pn Kamariah binti Md Dawam 2012 - 2015
  30. Allahyarham Muhamad Nor bin Hamzah 2015 -2017
  31. En Mohammed Shamshir bin Mohammed Dali 2017 - 2018
  32. Pn Masdura binti Selamat 2019- 2020
  33. En Mohd Zabidi bin Daud 2020 - 2023
  34. Tuan Haji Zaini bin Ninggal 2023 - sekarang

Persekitaran sekolah sunting

Bangunan dan bilik khas sunting

  • Surau Al Hikmah
  • Bilik Kemahiran Hidup
  • Kantin Sekolah
  • Makmal Komputer
  • Kelas PAK 21

Taman dan landskap sekolah sunting

  • Taman Permainan
  • Wakaf
  • Dataran Semarak Kasih
  • Padang Sekolah

Pencapaian sekolah sunting

Unit Pra Sekolah sunting

  1. Johan Senamrobik Sekolah Peringkat Daerah Melaka Tengah 2016.
  2. Johan Pertandingan Senamrobik Pra Sekolah Peringkat Negeri Melaka 2016. (Video)

Unit Pendidikan Khas Integrasi sunting

  1. Jalinan Antarabangsa SK Bukit China dengan Sekolah Kartini Batam dan Yayasan Keluarga Batam serta kerjasama Seameo Sen dan Unit Pendidikan Khas

Unit Kokurikulum sunting

  1. Pertandingan Kawad Formasi Badan Beruniform Peringkat Negeri Melaka 2006

Johan Negeri - Mewakili Melaka ke pertandingan peringkat kebangsaan yang berlangsung di Sabah

  1. Anugerah Ceria Merdeka Peringkat Negeri Melaka 2016 - Johan Kategori Pintu Gerbang

Unit Akademik sunting

  1. Anugerah Kualiti 2016 - Kecemerlangan Akademik Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

Unit Hal Ehwal Murid sunting

  1. Anugerah Projek Khas Drink Move Be Strong Peringkat Negeri Melaka 2017 - Kategori Drink
  2. Naib Johan Program Anugerah 3K Peringkat Negeri Melaka 2017
 
Negaraku Sehati Sejiwa : Majlis Penutup Bulan Kebangsaan

Pautan Lain sunting