Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan

Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan (Asli) atau nama ringkasnya SKBL, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan murid Orang Asli yang terletak di Bandar Damansara Perdana.

Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan (Asli)
Lokasi
Bandar Damansara Perdana, PETALING JAYA, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoUsaha Tangga Kejayaan
Nombor sekolah60377102055
Kod sekolahBBA8206
Pengerusi PIBGNorazman b. Jamalim
Guru besarKhairul Anuar Bin Abd Azid
GPK Pentadbiran dan AkademikRohani Binti Othman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridSuhaidi Bin Sapuan
Penolong Kanan KokurikulumRidzuan b. Othman
Faks60377102066
http://skbukitlanjann.blogspot.com/; http://www.ppdpetalingutama.com/skbukitlanjan/


Pada Oktober 2011, Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan memiliki 72 pelajar lelaki dan 84 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 156 orang. Ia mempunyai seramai 20 orang guru. Selain itu mempunyai 4 orang staf sokongan.

Sejarah sunting

Mula ditubuhkan pada tahun 1950 atas daya usaha penduduk kampung dan Pejabat Daerah Petaling. Bangunan asal sekolah terletak di Batu 11, Jalan Damansara yang dibina dari kayu secara bergotong-royong.(lokasi tol Penchala LDP sekarang) Awal penubuhannya hanya terdapat 40 orang murid yang terdiri daripada murid Orang Asli Temuan. Pada tahun 1954, sekolah dipindahkan ke Batu 10 Jalan Damansara oleh JHEOA dan dibina secara bergotong-royong. Pada Tahun 1962, sekolah berpindah ke Kg. Orang Asli Bukit Lanjan (Kg. Dalam) yang mana bangunan 3 bilik darjahnya dibina oleh JHEOA. Pada tahun 1984, satu blok yang terdiri dari 2 bilik darjah telah dibina bagi mengatasi masalah kelas bercantum. Bangunan Blok B yang merupakan bangunan batu 2 tingkat telah siap dibina pada tahun 1995. Disebabkan Projek Penswastaan Pembangunan Bukit Lanjan, SK Bukit Lanjan telah berpindah ke tapak yang baru dengan bangunan moden pada September 1999. Tapak lama telah didirikan pangsapuri untuk belia Orang Asli. Pada Tahun 2004 Kelas KAFA Integrasi Bukit Lanjan ditubuhkan di bawah pentadbiran sekolah sepenuhnya (atas arahan Menteri Besar) yang mana pertama seumpamanya di Negeri Selangor. Kelas Pra sekolah dan bangunan khasnya mula beroperasi pada tahun 2007. Pada Januari 2010 pihak sekolah telah mendapat kelulusan untuk membuka 2 kelas Pendidikan Khas untuk murid bermasalah pembelajaran iaitu yang pertama seumpamanya bagi sekolah murid Orang Asli di Negeri Selangor.

Pencapaian sunting

Anugerah Lonjakan Saujana Gred Purata Matapelajaran daripada PPD Petaling Utama Tahun 2009 dan 2010. Anugerah Tawaran Baru "New Deal" Guru Besar Sub NKRA daripada TPM/Menteri Pelajaran 2010

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan (Asli)
Bandar Damansara Perdana
Selangor, Malaysia
Telefon = 0377102055
Fax = 0377102066

Pautan luar sunting