Sekolah Kebangsaan Bumiputera

Sekolah Kebangsaan Bumiputera atau nama ringkasnya SK Bumiputera, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Lundu.

Sekolah Kebangsaan Bumiputera
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Daerah Lundu, 94500, Lundu,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah082735136
Kod sekolahYBE1401
Guru besarEncik Jumat bin Suhaili
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Renia anak Mijei
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Japri bin Serah
Penolong Kanan KokurikulumEncik Safie bin Abdullah
Faks082734186


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bumiputera memiliki 244 pelajar lelaki dan 231 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 475 orang. Ia mempunyai seramai 38 orang guru.2009

Sejarah sunting

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Bumiputera Lundu District Local Authority (LDLA) telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1949. Penubuhan sekolah ini adalah atas inisiatif dan kesedaran masyarakat bumiputera tentang kepentingan ilmu dan pendidikan. Sekolah ini dinamakan Sekolah Bumiputera Lundu District Local Authority dan diuruskan oleh Lundui District Local Authority atau Majlis Tempatan Daerah Lundu.

Penubuhan sekolah ini adalah bagi menyedia ruang dan peluang belajar kepada anak-anak bumiputera di daerah Lundu dan kawasan-kawasan berdekatan. Di samping itu, penubuhan sekolah ini adalah bertujuan untuk menyeimbangkan peluang mencari ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat berbilang bangsa di daerah Lundu.

Guru besar pertama sekolah ini adalah Encik James Galimer @ Ibrahim Abdullah. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini dari tahun 1949 sehingga 1951. Bangunan pertama sekolah ini pada mulanya adalah sebuah bangunan lama kerajaan yang dikenali sebagai rumah jel. Sehingga pertengahan 1952, proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini telah dipindahkan ke sebuah bangunan baru yang didirikan oleh LDLA. Bangunan tersebut merupakan bangunan yang beratap nipah dan berdinding kajang serta berlantaikan tanah. bangunan ini telah digunakan sehingga awal tahun 1955.

Sebagai satu usaha dan tanggungjawab untuk mempertingkatkan kemudahan pendidikan kepada penduduk daerah Lundu, pihak LDLA telah membina sebuah bangunan baru diperbuat daripada kayu dan konkrit. Bangunan ini telah digunakan pada tahun 1955. Pertambahan jumlah pelajar telah menuntut supaya didirikan sebuah lagi bangunan tambahan. Pada tahun 1957, sebuah bangunan satu tingkat didirikan bagi memenuhi tuntutan itu.

Untuk Menampung pertambahan pelajar, sekolah ini kerap diubahsuai. daripada bilik asrama dan bilik kediaman guru, ia diubahsuai menjadi pejabat dan bilik guru sehinggalah tahun 1988, tiga blok bangunan lama digantikan dengan bangunan konkrit sepenuhnya. Pembinaan bangunan baru telah dimulkan pada 5 April 1988 dan siap pada bulan September 1990. Blok baru ini adalah berdasarakan pertambahan bilangan murid dari satu tahun ke tahun seterusnya.

SENARAI NAMA GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN BUMIPUTERA

En Galimer @ Ibrahim bin Abdullah (1949-1951) En. Abdul Hamid bin Abu Bakar (1952-1954) En. Abdul Hakim bin Haji Bujang (1955-1957) En. John Sibadogil (1958-1961) En Daniel Voon Soon Tee (1962-1962) En. Mohd Yussuf bin Haji Tari (1963-1964) En. Othman bin Suaidi (1965-1966) En. Stephen Lai Choon Ho (1967-1968) En. Mohd Yussuf bin Haji Tari (1969-1969) En James Kho Kiang Beng (1970 - 1971) Tn. Haji Sitam bin Abas (1972 - 11975) Tn Hj Ahmad Safahan bin Hj Ali (1976-1981) En Othman bin Suaidi (1982-1993) Tn Haji Mohd Jai bin Hj Busri (1994-1995) En Abdul Talip bin Baee (1996-1997) En Muhammad bin Sabli (1998-2003) Tn. Hj Morshidi bin Hj Udin (2003-2004) En Annuar bin Hj Lay (2004 - 2016) En Jumat Bib Suhaili (2017 hingga kini)

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Bumiputera
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Lundu
94500, Lundu
Sarawak, Malaysia
Telefon = 082735136
Fax = 082734186

Pautan luar sunting