Sekolah Kebangsaan Bunut Susu


SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Bunut Susu
Lokasi
Bunut Susu, 17020, Pasir Mas,, Kelantan Darul Naim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6097198140
Kod sekolahDBA3201
Faks6097198140

Nama asalnya ialah Sekolah Melayu Bunut Susu, hasil percantuman dua buah sekolah iaitu Sekolah Melayu Kampung Teliar dan Sekolah Melayu Bunut Susu.

Sekolah Melayu Kampung Teliar adalah sekolah melayu pertama ditibuhkan di utara Pasir Mas.Ianya ditubuhkan pada tahun 1907 di Kampung Teliar oleh Tuan Haji Abdul Samad bin Awang di atas tanah beliau sendiri di kampong Teliar. Tuan Haji Abdul Samad ialah imam mukim Teliar dan Penggawa Bunut Susu. Dua orang guru dari Pejabat Pelajaran Kota Bharu  mengajar  di sekolah tersebut.

Sekolah Melayu Bunut Susu pula adalah sekolah melayu kedua dalam daerah Bunut Susu.Ditubuhkan pada tahun 1915, bdertempat dibelakang stesen Kereta Api Bunut Susu. Dipelopori oleh tokoh pendidik tempatan bernama Cikgu Abd Raof Adam bersama Cikgu Kar  (Guru pelawat Jajahan Pasir Mas) Pada tahun 1940, Tuan Hj Awang Haji Abd Samad iaitu Guru Besar dan Pengelola Sekolah Melayu Kampung Teliar telah menggabungkan dua buah sekolah yang berdekatan ini dengan mengekalkan nama Sekolah Melayu Kampong Teliar.Penyatuan ini menyebabkan tapaknya berpindah ke tapak baru yang ada sekarang di Lot 1266 Mukim Teliar bersempadan dengan mukim Kiat.

Pada tahun 1946, bangunan sekolah telah dirobohkan dan sekolah berpindah sementara ke kampong Slow Teliar apabila bangunan lama dan atap dirobohkan.Perpindahan ini memakan masa selama dua tahun.Sepanjang masa tersebut,Pejabat Peajaran Kota Bharu telah menyediakan Skim Bantuan Susu untuk semua murid yang belajar di sekolah ini.Pada pertengahan 1948, sekolah ini telah kembali ke tempat asal setelah bangunan baru berjaya disiapkan.

Pada tahun 1948, dua bangunan atap baru telah berjaya disiapkan secara bergotong royong melalui bantuan Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu.Bangunan pertama memuatkan tiga bilik darjah dan bangunan kedua memuatkan bilik Guru Besar dan satu bilik darjah.Tahun berikutnya satu lagi bangunan dua bilik darjah dibina.

Pada tahun 1950, sebuah bangunan kekal dengan bilik Guru Besar dan tiga bilik darjah disiapkan.Juga disiapkan sebuah bangunan kayu untuk kantin.Dengan itu lengkaplah sebuah sekolah yang mempunyai sesi persekolahan dari darjah satu hingga dajah enam.

Komponen bangunan lain :

a)  Bangunan kilat, satu blok satu tingkat dengan enam bilik darjah dibina pada tahun 1988.

b)  Bangunan kekal, dua blok dua tinghkat, 12 bilik dajah dibina tahun 1995.

c)  Bangunan baru satu blok 4 tingkat dengan 12 bilik dajah , pusat sumber,musalla, bilik sains, bilik Kemahiran hidup,bilik muzik, bilik rawatan, bilik guru, pejabat, bilik Guru Besar , bilik Penolong Kanan, Dewan terbuka dan  Stor dibina pada tahun 2004,

d) Bangunan kantin baru dibina  tahun 2004.Kantin lama di naik tafaf sebagai musalla pada tahun 2006

e)  Makmal komputer satu blok dua tingkat dibina pada tahun 2005

f)  Bangunan Pra sekolah 1, dinaik taraf dari bangunan  setingkat lama pada tahun 2003

f)  Bangunan Pra 2 dibina pada tahun 2005


Nama Kelas sunting

  1. Sinaran
  1. Cemerlang
  2. Gemilang
  3. Wawasan

Alamat Sekolah sunting

Sekolah Kebangsaan Bunut Susu
Bunut Susu
17020, Pasir Mas
Kelantan, Malaysia
Telefon = 097190385
Fax = 097960386
SENARAI KEJAYAAN SEKOLAH {| class="wikitable" |BIL |NAMA ANUGERAH |KATOGORI |PENCAPAIAN |PERINGKAT |TAHUN |- |1 |Sijil Penghargaan |Akademik UPSR |Kemerlangan 5A |PPD P.Mas/Tumpat |2007 |- |2 |Sijil Penghargaan |Akademik UPSR |Gred Purata Sekolah 1.8 |PPD P.Mas/Tumpat |2007 |- |3 |Sijil Penghargaan |Akademik UPSR |Pencapaian 80.67 |PPD P.Mas/Tumpat |2007 |- |4 |Sijil Penghargaan |Anugerah Sekolah Berbintang |Penarafan 4 Bintang |PPD P.Mas/Tumpat |2007 |- |5 |Sijil Penghargaan |Anugerah Juara |Juara Pusat Sumber (Johan) |PPD P.Mas/Tumpat |2007 |- |6 |Sijil Penghargaan |Anugerah Juara |Juara Pengurusan Bilik PAK (Johan) |PPD P.Mas/Tumpat |2007 |- |7 |Sijil Penghargaan |Kecemerlangan Akademik |Kemerlangan  % 5A |PPD P.Mas/Tumpat |2008 |- |8 |Sijil Penghargaan |Anugerah Juara |Juara Kelas Pemulihan (Johan) |PPD P.Mas/Tumpat |2008 |- |9 |Sijil Penghargaan |Anugerah Juara |Juara Bilik PAK (Johan) |PPD P.Mas/Tumpat |2008 |- |10 |Sijil Penghargaan |Akademik UPSR |Kecemerlangan UPSR Kategori 5 Bintang |Jabatan Pelajaran Kelantan |2009 |- |11 |Sijil Penghargaan |Anugerah Juara |Juara Kelab & Persatuan Johan) |PPD P.Mas |2009 |- |12 |Sijil Penghargaan |Anugerah Juara |Juara Kelas Pemulihan (Johan) |PPD P.Mas |2009 |- |13 |Sijil Penghargaan |Anugerah Juara |Juara Pengurusan Bilik PAK (Kedua) |PPD P.Mas |2009 |- |14 |Sijil Penghargaan |Kecemerlangan Akademik |GPS UPSR Terbaik |PPD P.Mas |2010 |- |15 |Sijil Penghargaan |Kecemerlangan Akademik |Terbaik M.Pelajaran B.Melayu |PPD P.Mas |2010 |- |16 |Sijil Penghargaan |Kecemerlangan Akademik |Terbaik M.Pelajaran B.Inggeris |PPD P.Mas |2010 |- |17 |Sijil Penghargaan |Kecemerlangan Akademik |Terbaik M.Pelajaran Sains |PPD P.Mas |2010 |- |18 |Sijil Penghargaan |Kecemerlangan Akademik |Terbaik M.Pelajaran Matematik |PPD P.Mas |2010 |- |19 |Sijil Penghargaan |Kecemerlangan Akademik |% Kecemerlangan 5A Terbaik (33.10%) |PPD P.Mas |2010 |- |20 |Sijil Penghargaan |Kecemerlangan Akademik |Peningkatan Lulus B.Inggeris melebihi 20% |PPD P.Mas |2010 |- |21 |Sijil Penghargaan |Kecemerlangan Akademik |Mencapai Sasaran KPM dalam Linus (Numerasi) |PPD P.Mas |2010 |- |22 |Sijil Penghargaan |Anugerah Juara |Juara Pengurusan Kelab & Persatuan (Johan) |PPD P.Mas |2010 |- |23 |Sijil Penghargaan |Anugerah Juara |Juara Pengurusan Bilik PAK (Johan) |PPD P.Mas |2010 |- |24 |Sijil Penghargaan |Anugerah Juara |Juara Pengurusan Kelas Pemulihan (Johan) |PPD P.Mas |2010 |- |25 |Sijil Penghargaan |Anugerah Juara |Juara Pengurusan SPBT        (Naib Johan) |PPD P.Mas |2010 |- |26 |Sijil Penghargaan |Anugerah Juara |Naib Johan Juara Pengurusan Keseluruhan |PPD P.Mas |2010 |- |27 |Sijil Penghargaan |Anugerah SSQS |3 Bintang |Negeri/BTP |2010 |- |28 |Sijil Penghargaan |Anugerah Emas Kecemerlangan Sukan & Kokurikulum |Pengurusan Kelab dan Persatuan |PPD P.Mas |2011 |- |29 |Sijil Penghargaan |Anugerah SPBT |Anugerah Bilik Operasi SPBT Peringkat Negeri Kelantan |Negeri |2009 |}
Lagu Sekolah SKBS sekolahku, Tempat menuntut ilmu, Kaulah pelitaku sumber cahayaku, Penyuluh wawasanku. SKBS dan guruku, Kau kukenang selamanya, Semoga berpanjangan baktimu, Mendidik anak bangsa.

Pautan luar sunting