Sekolah Kebangsaan Chenein

Sekolah Kebangsaan Chenein atau nama ringkasnya SK Chenein, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Lasah.

Sekolah Kebangsaan Chenein
Lokasi
 Malaysia Lasah, 31110, Sungai Siput (U),, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6055912930
Kod sekolahABA4047
Faks6055912930


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Chenein memiliki 101 pelajar lelaki dan 98 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 199 orang. Ia mempunyai seramai 16 orang guru.2009

Sejarah sunting

Pada asalnya sekolah ini didirikan di Jeram Petai yang berhampiran dengan pekan kecil Lasah bagi menampung pendidikan masyarakat Orang Asli di kawasan ini pada 1 Januari 1961, yang merupakan cawangan Sekolah Kebangsaan Lasah dengan seorang guru iaitu Encik Abu Samah bin Alg.Mahadi dengan bilangan muridnya seramai 41 orang. Bangunannya hanyalah menyerupai sebuah bangsal beratap rumbia dan bertam, dindingnya daripada buluh tanpa meja dan kerusi.

Pada 1 Januari 1962, sebuah bangunan baru telah didirikan di Kg.Peroi yang terletak 5 km dari pecan kecil Lasah oleh pihak JKR. Sekolah Chenein diambil dari nama perkampungan Orang Asli yang dibuka berdekatan dengan Sungai Peroi dan kemudiannya dirasmikan oleh Tok Pangku Andak Hamid yang merupakan Ahli Dewan Negara pertama bagi kaum Orang Asli di Malaysia pada waktu itu.

Pada tahun 1966, tenaga pengajarnya telah bertambah seramai 3 orang dan terus meningkat kepada 5 orang dengan bilangan muridnya seramai 89 orang. Pengurusan sekolah ini ditadbir oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Pada tahun 1985, pihak KPM telah mengambil alih sepenuhnya dan Guru Besar pertama ialah Encik Osman bin Mat Isa dengan dibantu oleh 6 orang guru.

Pada 16 November 1987, Encik Abdul Mutai bin Mat Nordin telah menjadi Guru Besar kedua dengan sebelas guru dan seorang PRA. Pada 1 Jun 1994, GB ketiga ialah Encik Abdul Wahab bin Sulaiman sehingga 12 Disember 1996 dan beliau diganti oleh Encik Mohd Razif bin Kamaruddin sehingga 16 Disember 1998. Beliau diganti pula oleh Encik Mohd Daud bin Saad. Pada 30 Oktober 2000 beliau bertukar ke Ipoh bagi menjawat Jemaaah Nazir. Pada 20 November 2000, Encik Yunos bin Ismail melapor diri bertugas sebagai GB sehingga 16 Ogos 2002 dan diganti oleh Encik Ahmad Khori bin Kamaruddin. Mulai 16 Mac 2010, Tn. Syed Isa bin Syed Ahmad menjadi GB dengan dibantu oleh 20 orang guru dan 12 kakitangan sekolah. Tn Hj. Ali bin Dayong Guru Besar ke lapan, bersara pada 1Januari 2016. Guru Besar ke sembilan Encik Abdul Rahim bin Hj. Abdullah Azizi melapor diri pada 2 Januari 2016. Tahun 2016 bilangan murid 172 orang dengan tenaga guru 18 orang dan 7 orang staf. Tiga tahun setengah En. Abdul Rahim Hj Abdullah Aziz berkhidmat di sini. Beliau telah membuktikan sekolah asli boleh berjaya dalam kemenjadian murid. Lapan Anugerah Peringkat Kebangsaan telah diperolehi dengan kepaduan ikatan kekeluargaa warga Chenein. Anugerah paling prestij ialah - ASAT, Anugerah Seri Asrama terbilang di perolehi tahun 2018 (Peringkat Negeri Perak) dan 2019 (Peringkat Kebangsaan). Manakala Surau Al Falah Chenein pula di Anugerah Surau Imarah Khas Peringkat Kebangsaan. Seluruh komuniti Temiar kagum dengan pencapaian ini. Hasil kejayaan ini telah diujudkan Galeri Tok Pangku Pandak Hamid - menjadikan "One Stop Centre" kepada pelawat dan pegawai KPM, JPN dan PPD dan tidak lupa satu kenangan indah dan motivasi komuniti asli sekitar Gugusan Sungai Siput. En. Azmi bin Mohd Raof mengambil alih tugas Guru Besar mulai bulan Mei 2019 hingga sekarang.

Pencapaian sunting

Johan Anugerah 3K Peringkat Negeri Perak 2018

Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) Peringkat Negeri Perak 2018

Tempat Ke-3 Perkongsian Amalan Terbaik (Pengurusan & Pentadbiran)Peringkat Kebangsaan 2018

Galeri Toh Pangku Pandak Hamid.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Chenein
Lasah
31110, Sungai Siput (U)
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6055912930
Fax = 6055912930

Youtube channel : abdulrahimazizi sunting