Sekolah Kebangsaan Dato' Inas


Sekolah Kebangsaan Dato' Inas atau nama ringkasnya SK Dato' Inas, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Ulu Inas.

Sekolah Kebangsaan Dato' Inas
Lokasi
 Malaysia Kampung Ulu Inas, 73100, Johol,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Moto"BERUSAHA BERJAYA"
DitubuhkanSesi persekolahan tahun 1960
Nombor sekolah6064369533
Kod sekolahNBA1016
Pengerusi PIBGEncik Khalid b Duaji
PengetuaPuan Normaliza bt Zainal
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Mohd Ramzu Nasri b Abd Razak
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Maliza bt Nordin
Penolong Kanan KokurikulumPuan Nazirah bt Mohamed Nazir
Faks6064368180
Map

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Dato' Inas memiliki 29 pelajar lelaki dan 23 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 52 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.

VISI;

“PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA”

MISI;

“MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG

BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI

INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA”

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Dato’ Inas merupakan sekolah tertua yang dibina di Kampung Ulu Inas. Sekolah ini telah dibangunkan pada tahun 1958 tetapi telah didaftarkan pada 6 September 1966. Keadaan sekolah pada itu hanya beratapkan rumbia, berdinding pelupuh dan berlantai tanah. Tiada kemudahan elektrik dan terdapat kemudahan air telaga sahaja. Generasi pertama adalah seramai 15 orang murid dan 3 orang guru sahaja dan hanya berpakaian biasa dan tiada yuran dikenakan.

Pemangku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Nasser telah merasmikan pembukaan Sekolah Kebangsaan Dato' Inas pada tanggal 28 Ogos 1960. Sekolah ini telah dibina oleh Kerajaan Negeri Sembilan dengan menelan belanja sebanyak $19,000 dan mula dibangunkan pada tahun 1959 lagi. Jarak Sekolah Kebangsaan Dato' Inas yang baru ini dengan Pekan Kuala Pilah pada masa itu adalah kira-kira 16 batu.

Baginda dalam titah perasmiannya menasihati supaya sekolah pemberian kerajaan ini jangan disia-siakan oleh penduduk Kampung Ulu Inas.

     "Jangan-lah pendudok2 dan Ibu Bapa hanya mengharapkan guru2 sahaja untok mendidek kanak2 lebeh lama masa-nya di-rumah daripada dalam persekolahan".

Baginda telah berjalan kaki sejauh 2 batu dari Ulu Gating ke Ulu Inas dengan diiringi oleh penduduk dan murid-murid sekolah. Turut hadir ke majlis perasmian tersebut adalah Encik Abdul Samad bin Idris, Pengerusi Lembaga Pelajaran Negeri Sembilan, Lebai Kassim bin Saat, Wakil Rakyat Johol dan Penolong Pegawai Daerah Kuala Pilah. Sempena majlis ini juga, seekor kerbau telah disembelih untuk jamuan nasi.

Pada tahun 1960, sekolah ini mempunyai 83 orang murid dan 2 tenaga pelajar. Ianya mempunyai satu bangunan daripada kayu yang menempatkan beberapa buah kelas dan sebuah pejabat pentadbiran. Sekolah inilah antara sekolah terawal yang dibina Kerajaan Negeri Sembilan selepas Merdeka. Pada waktu itu, usaha giat Kerajaan Negeri Sembilan untuk membina sekolah-sekolah di luar bandar dan menggantikan sekolah-sekolah lama yang berdindingkan pelepah. (Sumber; Berita Harian, 29 Ogos 1960, halaman 5)

Di antara bekas murid SK Dato’ Inas yang berjaya adalah Tan Sri Aseh Che Mat. Sepanjang perkhidmatan beliau pernah memegang jawatan Presiden Perbadanan Putrajaya, Pengerusi Pos Malaysia, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia.

Senarai Guru Besar               

Bil Nama Guru Besar Tahun perkhidmatan
1. En. Itam bin Husin 1989 - 1993
2. En. Mohd Nasir bin Yusuf 1993 - 1996
3. En. Kamaruzaman bin Joned 1996 - 1998
4. En. Hashim bin Awang 1998 - 2000
5. Pn. Halimaton binti Mansor 2000 - 2004
6. En. Harun bin Mohd Nor 2004 - 2006
7. En. Baharun bin Ismail 2006 - 2009
8. En. Shaharudin bin Md Isa 2009 - 2012
9. Tn. Hj Kamal bin Abd Rahman 2012 - 2016
10 Pn. Normaliza binti Zainal 2016 - Kini

Lagu Sekolah sunting

SKDI sekolah tercinta,

Panorama Indah, Aman Damai,

Anak-anak gigih menimba ilmu,

Menggalas impian, Ayah Bonda,

Walau kerdil, berjiwa besar,

Guru-guru bersemangat waja,

Menabur ilmu berbakti,

Berusaha Berjaya,

Motto keramat sekolah kami,

Kami anak watan,

Seiring sejalan,

Di arus perdana,

Bersama mencipta nama,

Kelak lahir wira Negara,

Terima kasih, SKDI tercinta.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Dato' Inas
Kampung Ulu Inas
73100, Johol
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6064369533
Fax = 6064368180

Pautan luar sunting

https://m.facebook.com/SK-DATO-INAS-2016-209734982545193/