Sekolah Kebangsaan Dato' Onn Jaafar

Sekolah Kebangsaan Dato' Onn Jaafar atau nama ringkasnya SK Dato' Onn Jaafar (SKDOJ), merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kompleks Sekolah Wawasan USJ15, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Mula beroperasi pada Januari 2003, seramai 400 murid dengan 19 guru dan 2 kakitangan sekolah bagi sesi persekolahan pertama di sekolah ini dalam Kompleks Sekolah Wawasan USJ15 merupakan Kompleks Sekolah Wawasan yang pertama di Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Dato' Onn Jaafar
Logo Sekolah

Lokasi
Kompleks Sekolah Wawasan USJ15, SUBANG JAYA, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah+60380242343
Kod sekolahBBA8266
Faks+60380241760
Laman sesawang

Pada 2009, SKDOJ memiliki 364 pelajar lelaki dan 309 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 673 orang dengan seramai 39 orang guru.

Setakat tahun 2016, SKDOJ mempunyai 740 murid, 47 guru dan 6 kakitangan sekolah.[1]

Sejarah sunting

Konsep Sekolah Wawasan sunting

Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama.[2] Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way).

Tujuan dan Matlamat Sekolah Wawasan sunting

  1. Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang;
  2. Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran;
  3. Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu; dan
  4. Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah. 

Senarai Sekolah Wawasan sunting

Pada masa ini terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi dengan jayanya iaitu :

  • Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak
  • Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah
  • Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang
  • Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor
  • Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak

Visi Sekolah sunting

Ke arah melahirkan insan yang berdisiplin, berilmu dan berketrampilan

Misi Sekolah sunting

Melahirkan murid-murid yang berilmu, tabah, berdaya saing dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi, berketrampilan, ikram, penyanyang dan sejahtera rohani dan jasmani

Lagu Sekolah sunting

Bersatu kita satu bumbung

Berpegang erat ganding bahu

Bersatu kita berbilang bangsa

Berteraskan Rukunegara.

Kita bersatu satu bumbung

Itu lambang berbilang kaum

Kasih dipupuk disemai elok

Berdiri teguh tak kan runtuh.

Jalur gemilang megah namanya

Kemasyhuran di merata dunia

Merah putih kuning biru warnanya

Kemegahan jelata.

Sekolah Wawasan ditubuhkan

Azam membentukkan perpaduan

Samalah kita mempertahankan

Perpaduan wawasan. 

Berdisiplin berkualiti dan berilmu

Sekolah Wawasan.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Dato' Onn Jaafar
Kompleks Sekolah Wawasan USJ15, Subang Jaya [3]
Selangor,   Malaysia
Telefon = +60380242343
Fax = +60380241760


Rujukan sunting

Pautan luar sunting