Sekolah Kebangsaan Dato Kramat

Sekolah Kebangsaan Dato Kramat atau nama ringkasnya SK Dato Kramat, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Perak,.

Sekolah Kebangsaan Dato Kramat
Lokasi
Jalan Perak,, 10150, Georgetown,, Mutiara Timur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6042281025
Kod sekolahPBA1003
Pengerusi PIBGEn. Zul Akmal
GPK Pentadbiran dan AkademikNorafriza Binti Ahmad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridAzizah Binti Mohd Eusoff
Penolong Kanan KokurikulumDhanyalaksmi a/p Arjunan
Faks6042281025


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Dato Kramat memiliki 183 pelajar lelaki dan 237 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 420 orang. Ia mempunyai seramai 32 orang guru.2009

Pada awal tahun 2023, terdapat seramai 610 murid dan 50 murid pra sekolah. Kini sekolah ini mempunyai 43 orang guru dan 5 orang Anggota Kumpulan Pelaksana.

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Dato’ Keramat yang asalnya telah dibuka pada tahun 1885 bertempat di Jalan Dato’ Keramat (berhampiran dengan pejabat pos Dato’ Keramat). Pada masa itu, kesemua muridnya perempuan. Sekarang ini sekolah tersebut telah dijadikan sekolah terencat akal.

Sekolah Kebangsaan Dato’ Keramat telah diambil sempena nama seorang keramat yang terkenal dan amat dihormati pada masa itu iaitu Datok Keramat. Makam Datok ini masih wujud di Tanah Perkuburan Islam Datok Keramat. Makam yang mempunyai jarak sepanjang 20 kaki dikenali sebagai Keramat Tok Panjang atau Keramat Tok Nador.

Pada awal pembukaannya dua orang guru bertugas iaitu Cikgu Rahimah Binti Awang yang bertugas sebagai Guru Besar dan beliau dibantu oleh Cikgu Hamidah binti Abu Bakar. Selepas itu, sejarah perkembangan sekolah ini telah menjadi kabur dan tidak dapat dikesan sehingga tahun 1927.

Tahun demi tahun, bilangan murid-murid semakin meningkat. Justeru pada 1927 sebuah sekolah yang baru telah dibangunkan (tapak SMKA Tarbiah sekarang) untuk menampung pertambahan tersebut. Sekolah ini diperbuat daripada kayu pada bahagian atas dan simen pada bahagian bawah. Sekolah yang baru ini dibina di Jalan Perak berhampiran dengan Sekolah Rendah Francis Light sekarang (dibina 1931). Sekolah yang kedua ini telah dijadikan sekolah untuk murid-murid lelaki manakala sekolah yang asal digunakan untuk pertempatan murid-murid perempuan. Cikgu Haji Abdul Hamid Khan telah dilantik menjadi sebagai guru besar yang pertama untuk sekolah lelaki ini. Kedua-dua sekolah tersebut diletakkan dibawah pentadbiran yang berasingan.

Pada tahun 1960-an budaya menuntut ilmu mula meresapi fikiran masyarakat . Semakin ramai murid mendaftar di sekolah Kebangsaan Dato Keramat. Rentetan daripada itu pada tahun 1967, sebuah bangunan sekolah yang baru telah didirikan bertentangan dengan sekolah lelaki ini dan juga terletak bersebelahan Sekolah Rendah Francis Light, bangunan berharga RM 230000 ini mempunyai 4 tingkat serta mengandungi 18 bilik darjah, sebilik guru, sebuah bilik guru besar, pejabat stor, klinik gigi, surau dan pusat sumber. Kedua-dua sekolah lama telah ditutup dengan adanya bangunan sekolah yang baru ini. Pentadbiran sekolah disatukan semula manakala guru besar yang pertama berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Dato’ Keramat bernama Cikgu Abdullah bin Ayub.

Tanggal 16 Julai 1968, Sekolah Kebangsaan Dato Keramat telah dirasmikan oleh yang berhormat Encik Khir Johari. Menteri pelajran pada ketika itu. Sejak 1967 hingga sekarang seramai 12 0rang guru besar telah berkhidmat disekolah ini.

Pada tahun 1998, sekolah ini telah mendapat peruntukan yang baru bagi membina bilik guru baru dan mengubah suai pejabat sekolah. Projek ini siap pada akhir tahun 1998 dan mula digunakan pada bulan Januari 1999.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Dato Kramat
Jalan Perak,
10150, Georgetown
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6042281025
Fax = 6042281025

Pautan luar sunting