Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal

Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal atau nama ringkasnya SK Durian Tunggal, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Durian Tunggal.

Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal
Lokasi
Durian Tunggal, 76100, Durian Tunggal,, Melaka Bandar Bersejarah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6065531193
Kod sekolahMBA0041
Faks6065531545


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal memiliki 315 pelajar lelaki dan 336 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 651 orang. Ia mempunyai seramai 41 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah pertama di Durian Tunggal tidak dapat dipastikan dengan tepat tarikh penubuhannya mengikut rekod Jabatan Pendidikan Melaka. Sekolah yang mula-mula sekali didirikan ialah di Solok Bukit Balai pada tahun 1860. Sekolah ini merupakan sebuah bangsal dan dibina di tepi sungai.

Beberapa tahun kemudian, sekolah ini dirobohkan dan digantikan pula dengan dua buah sekolah baru iaitu sebuah sekolah untuk murid lelaki dan sebuah sekolah untuk murid perempuan. Sekolah perempuan ini kemudiannya ditutup kerana kurang mendapat sambutan. Pelajar perempuan sekolah itu telah dipindahkan ke sekolah lelaki di Pekan Durian Tunggal.

Pada 30.12.1929, sebuah sekolah baru telah siap dibina dan diberikan nama Sekolah Melayu. Semua murid yang belajar di sekolah di Pekan Durian Tunggal dipindahkan ke Sekolah Melayu. Bilangan pelajarnya telah meningkat kepada 150 orang. Selepas negara mencapai kemerdekaan, nama Sekolah Melayu telah ditukar kepada nama Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal. Nama sekolah ini diambil sempena nama tempat di mana ia didirikan.

Pada awal penubuhannya sekolah ini cuma terdiri daripada satu blok bangunan papan. Pada dekad-dekan seterusnya bilangan murid semakin bertambah. Maka sebuah bangunan tambahan dibina pada tahun 1964. Bangunan tersebut telah dirasmikan pada 2 Disember 1964 oleh YAB Tun Ghafar Baba ( Ketua Menteri Melaka ). Bangunan baru ini mengendungi 3 bilik darjah dan sebuah pejabat Guru Besar.

Pada tahun 1978, sebuah lagi bangunan tambahan didirikan dan bangunan ini hanya dapat disiapkan pada tahun 1983. Bangunan ini mengandungi 4 bilik darjah, 3 stor,

1 bilik guru, I bilik pejabat, 2 tandas guru, dan 2 tandas murid.

Dengan pembinaan Rumah Awam Peringkat 1 dan 2 di kawasan berhampiran, bilangan murid di sekolah ini telah meningkat sehingga 600 orang. Memandangkan kekurangan kelas untuk menampung bilangan murid yang semakain bertambah, maka satu blok bangunanan baru 4 tingkat telah didirikan pada tahun 1989 dan mula digunakan pada bulan Disember tahun itu juga. Bangunan ini mengandungi 1 pejabat termasuk bilik Guru Besar dan 3 bilik Guru Penolong Kanan, 1 bilik guru, 1 bilik Pusat sumber, 8 bilik darjah, 1 bilik perpustakaan, 1 bilik tayang, surau, 1 bilik cetak, dan 1 bilik Sains.

Oleh kerana bangunan pertama dibina telah terlalu lama, maka bangunan tersebut akan digantikan dengan bangunan yang baru. Proses pembinaan bangunan baru kini sedang dijalankan dan dijangka siap pada penghujung tahun 1999.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal
Durian Tunggal
76100, Durian Tunggal
Melaka, Malaysia
Telefon = 6065531193
Fax = 6065531545

Pautan luar sunting