Sekolah Kebangsaan Engkabang

Sekolah Kebangsaan Engkabang atau nama ringkasnya SK Engkabang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil, Saratok,.

Sekolah Kebangsaan Engkabang
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pendidikan Daerah Kecil, Saratok,, 95400, Saratok,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahYBB2205
FaksTIADA


Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Engkabang telah mula beroperasi pada 4 Januari 1951 di bawah Majlis Daerah Kalaka, Saratok.  Pada mula penubuhannya, nama asal sekolah ini ialah Nyabor Dayak School. Pada masa itu, hanya seorang guru bertugas, iaitu Encik Essau Anak Indit dari kawasan Krian, Saratok, dengan bilangan pelajar seramai 97 orang.  Kebanyakan pelajar terdiri daripada mereka yang berumur dalam lingkungan 18 tahun ke atas, dan sebahagiannya sudahpun berumahtangga.

Dalam tahun 1953, Nyabor Dayak School yang bertempat di Pangkalan Paku telah dipindahkan ke tapak baru iaitu ke Pangkalan Tusor dengan bilangan murid seramai 78 orang.  Pada tahun 1954, penduduk dari Rumah Panjang Sedik dan Rumah Panjang Engkabang telah berebut untuk membawa sekolah tersebut ke kawasan masing-masing.  Nasib lebih menyebelahi pihak Rumah Panjang Engkabang di mana pada tahun 1955 mereka telah mendapat kebenaran lalu menderma tapak sekolah berdekatan dengan rumah panjang Engkabang.  Pada tahun tersebut juga sekolah ini telah menerima pelajarnya berjumlah 41 orang dengan seorang sahaja guru, iaitu Encik Stephen Anak Nyalong yang bertugas di bawah Majlis Daerah Kalaka, Saratok.

Mulai tahun 1955 juga bermulanya era baharu, di mana sekolah tersebut telah bertukar nama menjadi Sekolah Rendah Kerajaan Engkabang, Nyabor dan nama tersebut kekal sehingga kini.  Kesemua urusan pembinaan sekolah ini adalah hasil derma ikhlas daripada penduduk setempat dan dibina secara bergotong-royong.

Senarai Guru Besar sunting

BIL NAMA TAHUN
1 Encik Essau Anak Indit 1951 – 1954
2 Encik Stephen Anak Nyalong 1955 – 1958
3 Encik Amping 1959
4 Encik Edmund Langu (Datuk) 1960
5 Encik Nichol Chella 1961 – 1962
6 Encik Nicholas Chamat 1963 – 1964
7 Encik Filfred Ukik 1965
8 Encik Cederic Kadak 1966 – 1971
9 Encik Nichol Chella 1972 – 1979
10 Encik Manjan Letau 1980 – 1984
11 Encik Emerson Juing 1985 – 1996
12 Tuan Haji Batini Saidon 1987 – 2008
13 Encik Yusop bin Saili 2008– 2014
14 Encik Jos Bin Achan 2014-2015
15 Encik Amin Bin Hj Sebeli 2016 – 2020
16 Encik Saiful Bin Kenit 2020 - 2021
17 Encik Mawar Anak Li 2021 - kini

Senarai nama guru dan kakitangan 2024/2025 sunting

Bil Nama Guru / Staf Jawatan / Gred
1 Mawar Ak Li Guru Besar (DGA 44)
2 Alvintino Jamit ak Bernard Gasop PK Pentadbiran (DG 44)
3 Idris Bin Ason PK HEM (DG 32)
4 Shahriman Bin Kasim PK KK(DGA 32)
5 Anyai ak Awang Guru (DG 48)
6 Zamren  bin Bekrim Guru (DG 44)
7 Dayang Jemaiah bt Abang Hazemi Guru (DG 48)
8 Phillip anak Ajien Guru (DG41)
9 Anis Fatin Fateha GPM (DG41)
10 Nur Afida Bt Fatilah Bt Materang Guru Prasekolah(DG 44)
11 Sarinah binti Jaini Guru (DG 44)
12 Sit Soon Ling Penyelia Asrama (N22)
13 Senorita Anak Impin PPM Asrama (N19)
14 Asnal Bin Reff Pembantu Tadbir (N19)
15 Loh Injai PPM Pra (N19)
16 Daniel Anak Bali Pembantu Operasi (N11)
17 Senah ak Unding Pembantu Operasi (N11)
18 Ramzi Bin Agot PPM Asrama (N19)
19 Beatrice Santa ak Ganggang Guru (DG 41)

Cikgu Rohady ditukarkan stesen ke SK Nanga Assam, Saratok pada tahun 2014 dan telah kembali ke rahmatulllah pada 04 Mac 2022.

Cikgu Safrena Tiong telah berpindah ke Sk Sedarat, Sri Aman pada tahun 2015.

Cikgu Mandy Wong Siaw Zin telah berpindah ke SJK(C) Chung Hua,Kabong (2016).

Cikgu Siti Fatimah Azzahra bt Azhar telah ditugaskan di Sk Engkabang pada tahun 2015 namun telah bertukar sekolah ke Sk Rompin, Pahang pada 2017.

Cikgu Mohammad Hairwan bin Buserah bertukar stesen pada tahun 2017 di Sk Ulu Awik sebagai Penolong Kanan Pentadbiran kemudian 2018 di Sk Moh Sessang sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Cikgu Noor Hidayati berpindah ke Sk To' Eman Nyabor pada tahun 2018.

Cikgu Masri Bin Be berpindah ke SK St Micheal Plassu pada 2019.

Cikgu Asri Bin Ahmad (Guru Prasekolah) berpindah ke SK Paloh pada tahun 2022.

Cikgu Ratina binti Bachelor menjawat jawatan Penolong Kanan Kokurikulum di SK To' Eman, Nyabor pada tahun 2021.

Cikgu Ahmad bin Milai (PKKK ) berpindah ke SK Haji Bollah kaba pada 2022.

Cikgu Dyg Herny bertugas di stesen baharu SK Kalaka Central, Saratok.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Engkabang
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil, Saratok,
95400, Saratok
Sarawak, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA
Emel = skengkabang@moe.gov.my atau skengkabang@gmail.com
Facebook = SK Engkabang, Roban