Sekolah Kebangsaan Francis Light

Sekolah Kebangsaan Francis Light atau nama ringkasnya SK Francis Light, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Perak.

Sekolah Kebangsaan Francis Light
Lokasi
Jalan Perak, 10150, Georgetown,, Mutiara Timur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6042294295
Kod sekolahPBB1021
Faks6042294295
Sekolah Kebangsaan Francis Light


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Francis Light memiliki 552 pelajar lelaki dan 6 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 558 orang. Ia mempunyai seramai 38 orang guru.2009.

Sejarah sunting

Dalam tahun 1929, apabila bangunan lima tingkat Sekolah Inggeris Kerajaan di Jalan Northam didapati tidak selamat untuk terus digunakan sebagai sekolah, kerajaan membenarkan pembinaan sekolah baru dan dua belas rumah guru di suatu kawasan baru di Jalan Perak. Bangunan sekolah baru itu yang sebahagian besarnya dibuat daripada kayu, dan bumbungnya asbestos tetapi tidak berlangit-langit telah disiapkan sebelum akhir tahun. Dalam bulan disember 1929 semasa cuti sekolah, perkakas dari sekolah Di Jalan Northam itu dipindah ke sekolah di Jalan Perak.

Pada 20 hb Januari 1930, 400 murid dan 16 orang guru dari Sekolah Jalan Northam itu, bersama dengan Guru Besarnya, Encik E.T.M Lias, pindah ke Sekolah Baru. Seterusnya dalam suatu mesyuarat di antara Guru Besar dan kakitangan Sekolah, nama sekolah telah ditukar kepada Francis Light School, iaitu mengambil sempena nama pengasas Pulau Pinang, Kapten Francis Light.

Waktu sekolah ialah 9.30 pagi hingga 4.30 petang waktu rehat selama 15 minit dan waktu makan tengahari selama sejam. Oleh sebab bangunan kayu itu didapati terlalu panas, waktu sekolah ditukar selepas penggal pertama kepada 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Beberapa lama kemudian langit-langit dipasang dan kipas angin siling diadakan dalam semua bilik darjah.

Sekolah itu mempunyai sebuah Bilik Lukisan, sebuah Bilik Kerja Tangan, sebuah Bilik Ilmu Alam dan sebuah Bilik Membaca atau Perpustakaan. Di luar ada dua gelanggang tenis yang digunakan oleh kakitangan sekolah, guru-guru dari sekolah lain. Padang sekolah tidak siap untuk digunakan sehingga pertengahan tahun 1931. Guru Besar mendapat kebenaran untuk mendapat kebenaran untuk menggunakan Padang Dato’ Kramat untuk permainan dan sukan.

Sebaik sahaja sebelum Perang Dunia Kedua dua buah bilik darjah telah digunakan sebagai Ibu Pejabat Tindakan mencegah Serangan Udara. Semasa masa pendudukan Jepun Sekolah ini digunakan sebagai sekolah Jepun dari tahun 1942 hingga 1945.

Selepas perang, sekolah ini dibuka semula pada 1hb Oktober 1945 dengan 9 orang guru dan 10 darjah. Tuan Haji S. M. Zainal Abidin yang menjadi Guru Besar sebelum pendudukan Jepun, meneruskan jawatannya.

Sekolah ini berkembang dengan pesatnya dan menjelang tahun 1957, didapati perlu mengadakan sesi di sebelah petang dan pagi kerana kekurangan bilik darjah. Pada masa itu jumlah bilik darjah hanyalah 21 sahaja. Sebuah bangunan tambahan mengandungi 4 bilik darjah dibina dalam tahun 1960 dan sebuah blok 4 bilik darjah ditambah dalam tahun 1994, satu blok tiga tingkat dibina dibelakang bangunan utama.

Pada bulan Januari 1970 Sekolah Francis Light dibahagi dua iaitu Sekolah Francis Light Satu dan Sekolah Francis Light Dua dengan seorang Guru Besar bagi setiap sekolah. Sebuah sekolah untuk sesi pagi dan sebuah sekolah lagi sesi petang. Pada 1 hb Januari 1990 kedua-dua sekolah dicantum semula menjadi satu dengan menggunakan nama Sekolah Rendah Kebangsaan Francis Light.

Guru besar terdahulu sunting

1930 - E.T.M Lias

1930 - H.R. Carey

1931 - E.T.M Lias

1934 - En.Hamid Khan

1935 - E.S. Redfearn

1937 - T.P.M. Lewis

1938 - S.M . Zainul Abidin

1948 - Ng Cheong Weng

1951 - Ooi Khay Bian

1957 - Cheong Hong Oon

1961 - Lee Eng Hong

1969 - Ow Thean Oon

Seterusnya mulai  Tahun 1970 hingga 1990...SRK Francis Light telah dipecahkan kepada 2 Sessi iaitu SRK FL (1) dan SRK FL (2)

1990- En.Yusuff Azmi B, Z. Merican

1990:En. Mohamed B. Yahaya ( Memangku )

1990:En. Haniffa Bin. Hamid

1.2.1993:En.Abd.Rahim Bin Ahmad

1.6.1993:En.Omar B. Abd Rashid

16.2.1998:Tn.Hj.Ramli B. Hj. Awang

29.9.1998:En. Koh Kim Eow

16.12.2001:En.Lim Seng Huat ( memangku )

16.8.2002:En.Chuah Eng Keat

2009: Tn Hj Abd.Rahim  Bin Ahmad

Guru besar SRK Francis Light 1 sunting

1970-1974:En. Ow Thean Oon

1974-1981:Pn.Mary Cardosa

1981-1984:En.Goh Hock Lye

1984-1988:En.Lim Sean Hock

1988-1989:En.Tan Ban Chuan

Guru Besar SRK Francis Light 2 sunting

1970 - 1977  : En.Lee Keat Chye

1977 - 1982  : Pn.Yap Yeoh Joo Saik

1982 - 1989  : En. Toh Boon Hoe

1989 - 1990  : En.Yusoff Azmi B. Z. Merican

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Francis Light
Jalan Perak
10150, Georgetown
Pulau Pinang,   Malaysia
Telefon = 6042294295
Fax = 6042294295

Pautan luar sunting