Sekolah Kebangsaan Gerigis


Sekolah Kebangsaan Gerigis atau nama ringkasnya SK Gerigis, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak dalam Daerah Kota Setar di Kedah. Diasaskan pada tahun 1938 oleh penduduk kampong diketuai oleh Tuan Haji Ghazali Bin Ahmad secara gotong royong. Sekolah ini dibina dengan keluasan 400 kaki persegi berbahankan buluh sebagai tiang, nipah sebagai atap dan dinding serta berlantaikan tanah. Bilangan murid pada masa itu hanyalah 35 orang pelajar lelaki dan perempuan. Tuan Haji Ghazali Bin Ahmad sebagai tenaga pengajar yang memfokuskan kepada subjek

Sekolah Kebangsaan Gerigis
Lokasi
JALAN DATUK KUMBAR,, 05300 ALOR STAR KEDAH, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Kod sekolahKBA2029
Guru besarMARIATI BINTI SHAFIE
Map

Bahasa Melayu dan Pendidikan Agama Islam.

Dalam tahun 1943 sekolah ini telah runtuh dan dibina semula dengan penambaikan bahan binaan seperti bahan kayu sebagai tiang, nipah sebagai atap dan buluh sebagai dinding. Bilangan pelajar telah meningkat seramai 50 orang.

Pada tahun 1958, pelan baru sekolah telah diluluskan dan didirikan bagunan seluas 60 kaki x 20 kaki. Sumbangan dan derma daripada penduduk tempatan serta bantuan daripada Pegawai Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah. Dengan dana yang terkumpul tersebut, maka bangunan sekolah telah dapat disiapkan dan diresmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Kedah pada tahun 1960.

Pada tahun1963 Sekolah Gerigis telah diterima sebagai sekolah bantuan penuh Kerajaan Negeri Kedah dan layak menerima pelbagai kemudahan ketika itu seperti kemasukan guu, pembekalan perabot serta bantuan buku-buku bacaan

Pada masa kini (2018) bilangan murid di Sekolah Kebangsaan Gerigis adalah seramai 155 orang dengan seramai 18m orang tenaga pengajar serta 6 orang staf sokongan.


Sejarah sunting

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Gerigis

Alamat : Jalan Datuk Kumbar, 04500 Alor Setar, Kedah

GPS :

No Telefon : 04-7345290

No

Email : kba2029ppdkotasetar@gmail.com

Laman Sesawang : www.skgerigis.org

Laman Blog :

Guru Besar : En.Kamarulzaman Bin Che Nik

Pen.Kanan Pentadbiran : Tuan Haji Azizan Bin Ahmad

Pen. Kanan HEM : Ibrahim Bakkry Bin Saad, BKM, PJK, PJM

Pen. Kanan Ko-Kurikulum : Puan Aishahbani Binti Abdullah

Pencapaian sunting

Berdasar rekod 5 tahun yang lalu (2014 - 2018)

  1. 2014 - Pencapaian UPSR Terbaik Daerah Kota Setar (Lulus 100%)
  2. 2014 - 10 sekolah Pencapaian UPSR Terbaik Negeri Kedah

Alamat sunting

Jalan Datuk Kumbar, 05400 Alor Setar, Kedah.

Pautan luar sunting