Sekolah Kebangsaan Green Road

sekolah kebangsaan tak guna tak guna

Sekolah Kebangsaan Green Road atau nama ringkasnya SK Green Road, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pej. Pel. Gab.Kch Jln Diplomatk Off Jln Bako.

Sekolah Kebangsaan Green Road
Lokasi
 Malaysia D/A Pej. Pel. Gab.Kch Jln Diplomatk Off Jln Bako, 93677, Kuching,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerusaha, Berilmu, Berbakti
Nombor sekolah6082241943
Kod sekolahYBB1207
PengetuaEncik Norleda binti Sa'ait
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Rohaidah binti Ismawi
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Ishak bin Bujang
Penolong Kanan KokurikulumEncik Mira Syahida Abdullah
Faks6082241943
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Green Road memiliki 452 pelajar lelaki dan 418 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 870 orang. Ia mempunyai seramai 51 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1968, di bawah pengurusan Majlis Perbandaran Kuching (KMC). Bangunan asal satu blok daripada konkrit dibina di atas sebidang tanah dengan keluasan 8745.0 meter persegi. Guru Besar pertamanya ialah Encik Ong Soo Yen dan dibantu oleh 7 orang guru dan jumlah kelas pada waktu itu ialah enam buah kelas sahaja.Sekolah Rendah Kerajaan Green Road kerana terletak di kawasan Jalan Green Kuching. Lima belas tahun kemudian, iaitu pada tahun 1983, sekolah ini telah dinaik taraf dari sekolah gred B kepada sekolah gred A. Sekolah ini terdiri daripada dua buah blok konkrit tiga tingkat. Sebuah blok khusus menempatkan dua belas bilik darjah berserta tandas murid dan guru. Sementara sebuah blok lagi adalah untuk blok pentadbiran di tingkat satu, bilik guru dan bilik sumber. Tingkat dua untuk perpustakaan dan makmal sains dan tingkat bawah untuk bilik guru dan bilik pemulihan. Menjelang tahun 1980an, sekolah ini semakin berkembang maju. Pada masa itu, kemasukan murid ke sekolah ini semakin bertambah dan jauh melebihi persediaan fizikal yang ada. Sebagai satu penyelesaian,sekolah ini dijalankan secara dua sesi pagi dan petang dengan 24 buah kelas. Pada tahun 1987, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan sebagai usaha membantu sekolah dalam mempertingkatkan pencapaian akademik, kokurikulum dan kemudahan fizikal sekolah. Hasil usaha dan inisiatif ahli jawatankuasa PIBG, sekolah ini telah dilengkapi dengan sebuah surau dan dewan serbaguna. Kedua-dua bangunan ini telah dimanfaatkan oleh sekolah untuk proses pengajaran dan pembelajaran agama Islam dan kawasan permainan dan aktiviti kokurikulum.

Kini SK Green telah menjadi sebuah sekolah yang unggul dan pilihan utama ibu bapa di sekitar bandaraya Kuching.

Pencapaian sunting

SK Green Road merupakan antara sekolah yang banyak melahirkan murid cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Keputusan UPSR sekolah ini amat membanggakan dan pernah melepasi peringkat negeri dan nasional pada tahun 1994 dengan 54 orang mendapat 4A. Sementara pada tahun 1998 pula 46 orang telah mendapat 5A, setelah mata pelajaran sains dimasukkan ke dalam UPSR pada tahun 1997.

Lagu sekolah sunting

BERUSAHA BERBAKTI

Berusaha Berbakti

Cogan Yang Kami Jadikan Pedoman

Berusaha Sentiasa

Menuju Cita-Cita

SK Green Road Dikaulah

Cahaya Masa Depan

Jasamu Takkan Kami Lupakan

Majulah SK Green Road

Majulah

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Green Road
D/A Pej. Pel. Gab.Kch Jln Diplomatk Off Jln Bako
93677, Kuching
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6082241943
Fax = 6082241943

Pautan luar sunting