Sekolah Kebangsaan Gugusan Lekir

Sekolah Kebangsaan Gugusan Lekir atau nama ringkasnya SK Gugusan Lekir, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Felcra Gugusan Lekir.

Sekolah Kebangsaan Gugusan Lekir
Lokasi
D/A Felcra Gugusan Lekir, 32000, Sitiawan,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6056923687
Kod sekolahABA1030
Faks6056926126


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Gugusan Lekir memiliki 67 pelajar lelaki dan 60 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 127 orang. Ia mempunyai seramai 21 orang guru.2009

Sejarah sunting

Ditubuhkan pada tahun 1988, meminjam bangunan Pusat Latihan Belia yang telah diubah suai.
Diwujudkan di bawah cawangan SK Seri Selamat, Sitiawan dengan murid seramai 26 orang dan 2 orang guru.
Pendaftaran secara rasmi telah dilakukan pada tahun 1989.
Pada tahun 1993, projek pembinaan sekolah baharu telah dilaksanakan di atas tanah seluas 6.5 ekar yang dianugerahkan oleh pihak pengurusan Felcra.
Bangunan sekolah baharu telah digunakan secara rasmi pada 22 Oktober 1994.
Tanggal 17 Jun 1997, DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, Yang Dipertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan telah menyempurnakan perasmian sekolah ini.
Mulai tahun 2003, kelas Pra Sekolah dan Pendidikan Khas telah dibuka.


Barisan pentadbir Tahun 2022/ 2023:

Guru Besar : Puan Hayati binti Samsudin

Pen. Kanan Pentadbiran : Encik Abdul Aziz bin Mohamad Sarip

Pen. Kanan HEM : Encik Mohd Nor Ismail bin Azmi

Pen. Kanan KK : Puan Norita binti Mohmad Shah

Pem. Tadbir : Puan Norbaizura binti Ahmad

Pencapaian sunting

Muhd Nur Luqman b. Khapeli (Tahun 5 Dinamik) berjaya melepasi ujian saringan dan terpilih sebagai salah seorang daripada 20 orang Murid Turus mewakili sekolah-sekolah Daerah Manjung di Majlis Khatam Al-Quran dan Kalam Jama'ie Peringkat Kebangsaan Kali Ke-7 di Marina Island, Lumut, Perak pada 10 hingga 12 Oktober 2014.

Nur Aina Syakirin bt. Arbain (Tahun 5 Dinamik) mewakili negeri Perak untuk penyertaan Perkhemahan Puteri Islam Peringkat Kebangsaan Tahun 2014 dan telah mendapat Johan.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Gugusan Lekir
D/A Felcra Gugusan Lekir
32000, Sitiawan
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6056923687
Fax = 6056926126

Pautan luar sunting