Sekolah Kebangsaan Inas


Sekolah Kebangsaan Inas atau nama ringkasnya SK Inas, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Km 8, Kampung Inas.

Sekolah Kebangsaan Inas
Lencana Sekolah Kebangsaan Inas.jpg
Lokasi
Km 8, Kampung Inas, 73100, Johol,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoIlmu Panduan Hidup
Nombor sekolah6064369867
Kod sekolahNBA1017
Pengerusi PIBGEn Mohd Zahairudin B Mohammad (2018 - Sekarang)
Guru besarPn Hjh. Zabedah Bt Muhamad Hasan (2016 - Sekarang)
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikPn Normala Bt Maarum (2016 - Sekarang)
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Azalawati Bt Safar
SingkatanS. K. I.
Faks6064369817


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Inas memiliki 68 pelajar lelaki dan 44 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 112 orang. Ia mempunyai seramai 15 orang guru.2009

SejarahSunting

Sekolah Kebangsaan Inas telah ditubuhkan secara formal pada Tahun 1907. Pada masa itu ia dikenali dengan nama Sekolah Umum Inas. Keadaan bangunan sekolah pula serba kekurangan pada waktu itu merupakan bangunan papan dan kayu beratapkan rumbia dan pelajar belajar diatas bangku panjang. Guru Besar pertamanya ialah Cikgu Itam Bin Abdullah yang bertugas dari Tahun 1907 hingga 1909. selepas Cikgu Itam bersara, tempatnya diganti oleh Cikgu Amin Bin Serul dari Tahun 1910 hingga 1911.

Dari tahun ke tahun Sekolah Kebangsaan Inas berkembang dengan bilangan pelajar yang bertambah. Oleh itu, sebuah bangunan lain telah didirikan bagi menampung bilangan pelajar. Bangunan lain telah didirikan bagi menampung bilangan pelajar. Bangunan bertiang batu dan berlantaikan papan dan menggunakan atap genting.

Oleh sebab pertambahan pelajar sebuah lagi bangunan sekolah didirikan. Ia mengandungi 8 buah bilik darjah dan sebuah pejabat. Bangunan sekolah ini dirasmikan Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar Persekutuan Tanah melayu pada 07 Disember 1962 bersamaan hari Sabtu.

Pada 12 November 1980, sebuah lagi bangunan sekolah iaitu bangunan 2 tingkat telah didirikan oleh kerajaan. Tapak bangunan sekolah bertiang batu telah dirobohkan. Bangunan ini mengandungi 4 buah bilik darjah, sebuah stor dan sebuah pejabat. Bangunan tersebut kekal digunakan hingga sekarang. Sekolah Kebangsaan Inas telah banyak berjasa kepada ramai penduduk kampung ini kerana ia menjadi asas kejayaan anak-anak kampung yang telah berjaya dan mencipta nama pada hari ini.

PencapaianSunting

Tahun 2016 - Antara 100 Sekolah Rendah Kebangsaan yang mendapat pencapaian terbaik di Malaysia

AlamatSunting

Sekolah Kebangsaan Inas
Km 8, Kampung Inas
73100, Johol
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6064369867
Fax = 6064369817

Pautan luarSunting