Sekolah Kebangsaan Jambongan

Sekolah Kebangsaan Jambongan atau nama ringkasnya SK Jambongan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 27.

Sekolah Kebangsaan Jambongan
Lokasi
Peti Surat 27, 90107, Beluran,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1966
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahXBA2106
FaksTIADA
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Jambongan memiliki 49 pelajar lelaki dan 42 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 91 orang. Ia mempunyai seramai 15 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sek Kebangsaan Jambongan telah ditubuhkan pada tahun 1966. Pada peringkat awal penubuhannya cuma sebuah bangunan papan dan sebuah rumah guru sahaja iaitu untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pembinaan bangunan sekolah ini telah diusahakan oleh seorang kontraktor iaitu En Amir Ali yang berasal dari Kg Bukara, Sandakan dan dengan kerjasama masyarakat kampung kawasan sekolah ini telah dibersihkan serta disusun atur.

Sekolah ini kemudian telah dibuka secara rasmi pada 1 September 1967 dengan kehadiran seorang Guru Besar iaitu En Willie Bin Balad yang berasal dari daerah Tuaran. Dengan muafakat antara pihak Pejabat Pelajaran Daerah pada ketika itu dengan pihak sekolah, maka sekolah ini secara rasminya diberi nama sebagai Sekolah Kebangsaan Jambongan.

Pada sesi pertama persekolahan para ibu bapa telah datang mendaftarkan anak-anak mereka iaitu seramai 90 orang. Walau bagaimanapun dengan keadaan dan jumlah kelas yang terhad, kesemua murid yang telah mendaftar di tahun 1 terpaksa digabungkan menjadi satu kelas sahaja. Namum demikian setahun selepas penubuhan sekolah ini bilik darjah telah bertambah menjadi tiga.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Jambongan
Peti Surat 27
90107, Beluran
Sabah,   Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Pautan luar sunting