Sekolah Kebangsaan Jeram Bungor

Sekolah Kebangsaan Jeram Bungor atau nama ringkasnya SK Jeram Bungor, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Jeram Bungor, Kuala Lipis, Pahang. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) kerana enrolmen muridnya adalah kurang daripada 100 orang.

Sekolah Kebangsaan Jeram Bungor
Lokasi
Kampung Jeram Bungor, Kuala Lipis, Pahang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerusaha Jaya
Nombor sekolah6093123834
Kod sekolahCBA3028
Guru besarHasnoraidah binti Wan Azman
GPK Pentadbiran dan AkademikZairulhasnan bin Shafii
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridNurulhuda binti Abdul Aziz
Penolong Kanan KokurikulumNurul Nadiah binti Ahmad Nazri


Pada sesi 2023/2024, Sekolah Kebangsaan Jeram Bungor memiliki 19 pelajar lelaki dan 16 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 35 orang. Sekolah ini mempunyai seramai 9 orang guru termasuk guru besar.

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Jeram Bungor dibina pada tahun 1965 di sebuah kampung yang dinamakan Kampung Sibar. Semenjak penubuhannya, SK Jeram Bungor telah dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Gred B, yang mana bilangan pelajarnya yang sedikit. Kampung ini telah didiami oleh penduduk kampung yang kebanyakkannya bukan penduduk asal. Jumlah sebenar penduduk pada ketika itu tidak dapat dipastikan dengan tepat. Cuma anggarannya lebih kurang 210 orang yang kebanyakkannya petani dan bekerja sendiri termasuklah menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan, menoreh getah dan bertani.


Sebahagian besar penduduk di sekitar SK Jeram Bungor, kebanyakkannya belajar sehingga Tahun 6, Sijil Rendah Pendidikan (SRP) dan sesetengahnya berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.


SK Jeram Bungor telah diterajui oleh beberapa orang guru besar iaitu :

A) Encik Abu Bakar bin Idrus (1971-1973)

B) Encik Shafie bin Sentul (1973-1978)

C) Encik Ludin bin Said (1978-1979)

D) Encik Kamaruzaman bin Baria (1979-1985)

E) Encik Aminudin bin Bakar (1985-1989)

F) Encik Mohamad bin Uda (1989-1991)

G) Encik Shukran bin Nasir (1991-2000)

H) Encik Muhamad bin Kadir (2000-2006)

I) Encik Nik Soh bin Daud (2006-2012)

J) Puan Nor Anisa Tor binti Abdullah (2012-2021)

K) Encik Ahmad Aswadi bin Abdullah (2021-2022)

L) Encik Azhari bin Rose (2022-2023)

M) Puan Hasnoraidah binti Wan Azman (2023-sekarang)


Terdapat beberapa orang pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang telah menabur bakti di SK Jeram Bungor ini iaitu:

A) Encik Abdullah bin Keria (1974-1976)

B) Encik Kamal Ariffin bin Abdullah (1976-1979)

C) Encik Abdul Rahim bin Limin (1979-1996)

D) Encik Zulkifly bin Atan (1996-2001)

E) Encik Mohd Ramly bin Abdul Rasyid (2001-2012)

F) Encik Abdullah bin Yusof (2012-2018)

G) Encik Manab bin Harun (2018-Sekarang)

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Jeram Bungor
Kampung Jeram Bungor,
27200 Kuala Lipis,
Pahang Darul Makmur
Telefon = 09-3123834

Pautan luar sunting