Sekolah Kebangsaan Jeram Mengkuang


Sekolah Kebangsaan Jeram Mengkuang atau nama ringkasnya SK Jeram Mengkuang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Batu 5, Jeram Mengkuang.

Sekolah Kebangsaan Jeram Mengkuang
Skjm.jpg
Lokasi
 Malaysia Batu 5, Jeram Mengkuang, 35500, Bidor,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6054331568
Kod sekolahABA0014
FaksTIADA


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Jeram Mengkuang memiliki 49 pelajar lelaki dan 48 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 97 orang. Ia mempunyai seramai 16 orang guru.2009

Sekolah Kebangsaan Jeram Mengkuang merupakan sebuah sekolah yang terletak di Bidor, Perak.

1.1 NAMA DAN ALAMAT SEKOLAHSunting

SEKOLAH KEBANGSAAN JERAM MENGKUANG,
35500 BIDOR, PERAK DARUL RIDZUAN.
Kod sekolah : ABA 0014
Telefon : 05 - 4331568

1.2 GRED SEKOLAHSunting

Sekolah ini telah diklasifikasikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM).

1.3. JENIS SEKOLAHSunting

Sekolah ini telah dikategorikan sebagai Sekolah Kebangsaan (SK).


1.4 LOGO SEKOLAHSunting

MOTTO : ILMU SULUH HIDUPSunting

Keterangan Ringkas:Sunting

Murid-murid sentiasa diberikan penekanan tentang pentingnya ilmu pengetahuan yang perlu dimiliki di dalam menentukan corak hidup masa akan datang yang lebih berjaya dan cemerlang terhadap diri sendiri, agama, bangsa dan negara Malaysia.


VISI SK JERAM MENGKUANG Melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.


MISI SK JERAM MENGKUANG Meningkatkan keupayaan pelajar supaya menjadi rajin, berakhlak mulia dan bersikap positif untuk mencapai kejayaan.


FALFASAH PENDIDIKAN SEKOLAH KEBANGSAAN JERAM MENGKUANG Pendidikan adalah satu usaha memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang berakhlak mulia serta seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani serta bertanggungjawab terhadap diri sendiri, agama, bangsa, dan negara Malaysia.


1.5 PIAGAM PELANGGAN SK JERAM MENGKUANGSunting

KAMI WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN JERAM MENGKUANG, BIDOR
DENGAN PENUH TEKAD DAN AZAM
BERIKRAR DAN BERJANJI
AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK
  • Mewujudkan dan memastikan semua murid dapat ditempatkan di dalam bilik darjah yang teratur, selesa dan sempurna untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran;
  • Meningkatkan penguasaan kemahiran 3M di kalangan murid-murid sehingga mencapai pencapaian 100%;
  • Melaksanakan dan memastikan Ujian Penilaian dan Peperiksaan dapat dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan;
  • Menentukan disiplin, akhlak dan sahsiah murid-murid berada di tahap yang memuaskan;
  • Memastikan semua murid diberi peluang yang sama untuk menyertai aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah,kelompok dan daerah;
  • Menentukan murid-murid yang akan menduduki tahun 1 hadir ke sekolah pada hari pertama persekolahan;
  • Merancang,melaksana dan mengekalkan keceriaan bangunan serta kawasan sekolah;
  • Menerima,mengurus dan menyelesaikan masalah serta aduan dari pihak ibu bapa dengan sebaik mungkin dan;
  • Sentiasa bersedia,berfikiran terbuka dan sanggup menerima pandangan,cadangan,syor, dan teguran membina dari semua pihak demi
  • mempertingkatkan pretasi dan kecemerlangan akademik murid-murid.

1.6 SEJARAH SEKOLAHSunting

Sekolah Kebangsaan Jeram Mengkuang telah diasaskan pada tahun 1927. Ia terletak di Kampung Jeram Mengkuang lebih kurang 9 kilometer dari pekan Bidor di dalam Daerah Batang Padang, Negeri Perak Darul Ridzuan. Pada ketika itu sekolah ini diwujudkan di atas cetusan desakan oleh masyarakat setempat yang peka dan memandang serius terhadap perlunya diadakan institusi pendidikan di situ bagi menampung keperluan, kemudahan dan kepentingan anak-anak penduduk setempat. Maka dengan itu nama sekolah ini diberikan nama sempena kampung tersebut. Pada masa itu,sekolah ini diwujudkan dengan menumpang di bawah sebuah rumah kepunyaan Encik Mohd. Taha. Bangunan itu terletak kira-kira satu kilometer ke utara dari kawasan sekolah sekarang ini.

Penubuhan sekolah ini adalah sebenarnya dengan daya usaha beberapa orang yang berpengaruh di kampung itu seperti Penghulu Alang Bihi dan Ketua Kampung Encik Bidi b. Erah serta Imam Abdul Rahman. Sebelumnya persekolahan diadakan di kampung ini, murid-murid di kampung ini belajar atau bersekolah di Sekolah Melayu Air Hitam yang jauhnya 12 kilometer (Jalan Bidor – Teluk Intan) dan ada juga yang bersekolah di Pekan Bidor yang jauhnya kira-kira 10 kilometer.

Pada tahun 1930, sebuah bangunan sementara didirikan di tapak kawasan sekarang iaitu dengan memperolehi kayu-kayu dan papan dari surau yang diruntuhkan di Pekan Bidor. Bangunan sementara itu dapat menampung pelajar-pelajar dari kampung ini kira-kira 50 orang pada masa itu.

Pertumbuhan murid-murid setiap tahun memaksa perkembangan yang pesat dan di dalam tahun 1935, sebuah bangunan dan 2 buah rumah guru telah didirikan oleh kerajaan di sebidang tanah lebih 2 ekar bagi menggantikan bangunan sementara itu. Bangunan papan beratap genting dan berlantaikan simen berukuran 24 kaki X 70 kaki tanpa sekatan di dalamnya. Bangunan ini telah digunakan sehingga akhir tahun 1980 dan sepanjang ketika itu, persekolahan diadakan secara dua sessi iaitu pagi dan petang.

Sesuai dengan arus pembangunan dan keperluan mendesak,sebuah bangunan sekolah konkrit dua tingkat dengan menelan belanja lebih RM200.00 telah didirikan dalam bulan Ogos 1979 dan telah siap keseluruhannya dalam bulan Oktober 1980 yang mengandungi bilik darjah, bilik perpustakaan, bilik guru, bilik pejabat, bilik Guru Besar, stor dan tandas. Bangunan dua tingkat yang berukuran 150 kaki X 25 kaki telah mula digunakan pada awal persekolahan tahun 1981.

Pada tanggal 21 November 1985, bangunan sekolah baru telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi, Menteri Pendidikan Malaysia pada ketika itu.

Semenjak ditubuhkan, sekolah ini telah melalui perkembangan dan pembangunan pesat sama ada dari segi fizikal mahupun murid-muridnya. Ribuan murid telah menerima pendidikan asas mereka di sekolah ini. Walaubagaimanapun sejak beberapa tahun kebelakangan ini jumlah bilangan murid-murid di sekolah ini sudah mula menampakkan kemerosotan dari tahun ke tahun. Walaupun pada satu ketika jumlah murid di sekolah ini hampir menjangkau 300 orang.

Kemerosotan ini adalah berpunca dari beberapa faktor yang tertentu. Faktor yang mempengaruhi kemerosotan bilangan murid dari tahun ke tahun adalah seperti berikut:-

  1. Kampung Jeram Mengkuang (Batu 4 dan 5), Kampung Kenangan (Batu 6 dan 7), Kampung Rahmat (Batu 3) adalah perkampungan di tepi jalan raya Bidor – Teluk Intan. Kampung-kampung tersebut dikelilingi oleh lombong bijih timah yang mana keadaannya tidak bertambah luas,dengan itu tidak ada pertambahan penduduknya.
  2. Sebuah syarikat perlombongan yang besar ‘Bidor Malayan Tin Sdn. Bhd.’ yang menjadi majikan dan nadi kepada hampir keseluruhan penduduk kampung ini telah menutupkan operasi sepenuhnya memandangkan kejatuhan dan kemelesetan harga bijih timah begitu teruk di samping bahan mentah yang semakin berkurangan. Kesan dari itu ramai penduduk menganggur dan ada di antaranya terpaksa berhijrah ke tempat lain untuk mencari rezeki hidup. Penghijrahan beramai-ramai ke tempat lain telah berlaku sebaik sahaja penutupan syarikat perlombongan tersebut dan implikasinya pihak sekolah terpaksa menanggung kejatuhan dan kemerosotan enrolmen murid.

Walaupun penduduk kampung melalui kepahitan dalam hidup dari keadaan yang tidak diduga,namun kalau ditinjau dari sudut peranan dan sumbangan sekolah ini kepada masyarakat memang tidak dinafikan ‘output’ yang telah dihasilkan. Sekolah ini telah dapat melahirkan ramai bekas pelajar yang berjaya. Ada di antara yang Berjaya melanjutkan pengajian tinggi dalam dan luar negeri. Ada di antara mereka telah berjaya menjawat jawatan sebagai Pengarah Pendidikan, Pensyarah Universiti, Doktor, Guru Berijazah, Jurutera, Pegawai Tentera, Pegawai Dalam Perkhidmatan Awam dan ahli koperat. Sesungguhnya sekolah ini menjadi kebanggaan kepada penduduk kampung ini.


Pautan luarSunting