Sekolah Kebangsaan Jitra


Sekolah Kebangsaan Jitra telah dibina pada tahun 1905. Ia terletak di tengah-tengah bandar Jitra, Kedah yang pesat membangun. Ia juga bertentangan dengan pusat kesihatan Jitra dan bersebelahan dengan pasaraya besar besar iaitu "Jitra Mall".

Sekolah Kebangsaan Jitra
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Map

Sekolah Kebangsaan Jitra terletak di tengah-tengah bandar Jitra yang merupakan sebuah bandar satelit yang sedang pesat membangun. Sekolah yang dibangunkan sejak lebih seratus tahun yang lalu sedang dihimpit oleh pembangunan pesat bandar Jitra. Sekolah Kebangsaan Jitra terletak kira-kira 20 km dari Bandaraya Alor Setar dan 30 km dari bandar Kangar. Manakala jarak dari sempadan Thailand pula kira-kira 30 km.

Akibat penambahan penduduk, 2 lagi sekolah dibina (Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Sekolah Kebangsaan Jitra 2). Dahulunya, Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu terletak di dalam kawasan sekolah ini.

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Jitra telah didirikan pada tahun 1905 Masihi dengan nama Sekolah Melayu Jitra. Sebelum terdirinya sebuah bangunan yang dibina dengan bantuan Pejabat Pelajaran Kedah pada tahun 1906, penduduk sekitar Jitra telah menghantar anak-anak mereka secara sendirian untuk diajar di bahagian bawah rumah En.Yaakub di Tanjung Pauh iaitu sebuah kampung yang berdekatan dengan Jitra. En.Yaakub merupakan seorang tokoh pendidik tempatan. Beliau juga merupakan salah seorang tenaga pengajar semasa sesi persekolahan diadakan di rumahnya.

Akibat daripada pertambahan murid, maka Encik Yaakub dengan bantuan penduduk setempat telah bergotong-royong mendirikan sebuah bangunan kayu di Kampung Tanjung Pauh.

Keadaan bangunan binaan penduduk kampung ini lebih selesa daripada belajar di bawah rumah. Namun begitu tiang bangunan ini hanyalah diperbuat dari kayu-kayu bulat sahaja. Dindingnya dari buluh manakala bumbungnya beratapkan rumbia. Bangunan ini cuma berlantaikan tanah. Peralatan kerusi dan meja pula diperbuat daripada kayu-kayu bulat.

Menjelang penghujung tahun 1905, bangunan binaan kayu penduduk kampung ini telah tidak dapat lagi menampung jumlah murid yang semakin bertambah ramai. Masyarakat di Jitra ketika itu telah mulai sedar tentang kepentingan pelajaran terhadap anak-anak mereka.

Dengan usaha En.Yaakub bersama beberapa orang penduduk kampung, mereka telah memohon kepada Pejabat Pelajaran Kedah agar dapat menangani masalah ini. Akhirnya pihak Pejabat Pelajaran Kedah telah bersetuju dan membina sebuah bangunan sekolah di atas tanah seluas 5 relung di Pekan Jitra pada tahun 1906. Tapak bangunan tersebut masih lagi kekal dan dijadikan asas Sekolah Kebangsaan Jitra sehingga kini

Pencapaian sunting

Alumni sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Jitra,

06000 Jitra. Kedah Darul Aman

Pautan luar sunting