Sekolah Kebangsaan Jongok Batu

Sekolah Kebangsaan Jongok Batu merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Jongok Batu , Dungun , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Jongok Batu
Lokasi
Kampung Jongok Batu, Dungun, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6098333505
Kod sekolahTBA1021[1]
Guru besarENCIK MOHAMAD SAMSURI BIN OMAR
GPK Pentadbiran dan AkademikENCIK MOHAMAD EHSAN BIN EMBONG
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridENCIK TG KHAIRULNIZAN TG SHARIFF
Penolong Kanan KokurikulumENCIK HALIM BIN HASHIM
Faks6098333505
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Jongok Batu memiliki 43 pelajar lelaki dan 55 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 98 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Jongok Batu dibuka pada 1 Januari 1951 dengan keluasan 4.2 ekar. Terletak di Mukim Pasir Raja, dalam Daerah Dungun, Terengganu. Ianya dihubungkan dengan dua batang jalanraya dari simpang Tepus ke Pasir Raja dan dari Durian Mas ke Pasir Raja. Jarak SKJB dari Bandaraya Dungun 75 km dan 150 km dari Bandaraya Kuala Terengganu. SKJB merupakan sebuah sekolah kurang murid dan terletak di kawasan luar bandar di tepi Sungai Dungun.

Bermula dengan 1 buah blok bangunan kelas beserta pejabat. Pada masa sekarang SKJB mempunyai tiga blok bangunan dan sebuah kantin yang baru sahaja dinaik taraf pada tahun 2008. Namun begitu kemudahan fizikal terutama bilik darjah masih lagi kekurangan sebanyak 3 bilik. Pihak PPD telah mengambil tindakan segera dengan membina sesekat dua buah bilik darjah bagi menampung proses pembelajaran bagi tahun 2009.

Pada tahun 2007, SKJB telah membuka semula persekolahan untuk murid tahap 2. Pada tahun 2009 SKJB mempunyai murid Pra Sekolah hinggalah ke murid Darjah Enam, semuanya berjumlah 86 orang murid.

Pada bulan April 2010 satu bangunan baru secara Kabin telah mula dibina bagi menampung keperluan bilik darjah. Dua bilik darjah untuk menempatkan Tahun 5 dan Tahun 6 telah di mula diduduki pada 1 August 2010. Peperiksaan 2010 dijalankan di Bangunan Kabin yang baru disiapkan.


Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Jongok Batu
Kampung Jongok Batu , Dungun , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098333505
Fax = 6098333505

Rujukan sunting

Pautan luar sunting