Sekolah Kebangsaan KLIA

SEKOLAH KEBANGSAAN KLIA
Fail:Skklia2022.jpeg
Lokasi
Taman Mawar, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900, SEPANG, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolahBBA9227
Guru besarENCIK MOHD ROYAHAN BIN ABDULLAH
GPK Pentadbiran dan AkademikENCIK HERMAN BIN MAHAMAD GAPAR
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPUAN NIK ASMAZURA BINTI NIK AHMAD
Penolong Kanan KokurikulumPUAN NOR HABSHAH BINTI HAMZAH
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangENCIK MOHD IZWAN BIN MOHD JOWAHAR


Pengenalan sunting

Sekolah Kebangsaan KLIA atau nama ringkasnya SK KLIA, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Taman Mawar, Bandar Baru Salak Tinggi. Sekolah ini berada di atas bukit dan bersebelahan dengan Taman Mawar, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST).

Motto sekolah ini adalah seperti berikut:

  • BERILMU
  • BERAKHLAK
  • BERAMAL

Sekolah yang mempunyai suasana aman damai kerana terletak di lokasi yang sunyi dan nyaman merupakan salah satu kelebihan belajar di sekolah rendah ini. Para pelajar di sini dapat belajar dalam suasana yang tidak bising berbanding dengan sekolah-sekolah lain yang terletak di tengah bandar ataupun di tempat-tempat yang bising. Tetapi, kejayaan seorang pelajar bergantung kepada diri mereka sendiri kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Pada 2022, Sekolah Kebangsaan KLIA memiliki jumlah murid seramai 1394 orang. Ia mempunyai seramai 73 orang guru dan 10 orang staf.

Kemudahan sunting

Sekolah ini dilengkapi pelbagai kemudahan. Antaranya ialah:

  • Makmal komputer
  • Perpustakaan
  • Musolla
  • Padang
  • Bilik seni
  • Bilik muzik
  • Bilik kaunseling
  • Bengkel RBT
  • Makmal sains

Sejarah sunting

SK KLIA mula beroperasi pada 14 Jun 2004 dengan kekuatan guru seramai 12 orang.

Kini, sekolah ini mempunyai tenaga pengajar yang kuat seramai 70 orang lebih.

Nama-nama insan yang memegang amanah sebagai guru besar:

  • Norlia Binti Daya (2004-2009).
  • Puan Rumiah Binti Abdul Jalil (2010-2017)
  • Puan Norma Binti Edros (2017-2021)
  • Encik Mohd.Royahan Bin Abdullah (2021-sekarang)

Pencapaian sunting

  Pada tahun 2015, Sekolah Kebangsaan KLIA telah dianugerahkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan di Selangor yang berbitarakan Bahasa Melayu dan Sofbol.
  Sekolah ini kemudiannya terpilih untuk mengikuti Program Sekolah Amanah (Trust School Programme) di bawah naungan Yayasan Amir Malaysia bermula tahun 2016. 
  SK KLIA juga mempunyai anggota SVG ( Students Voice Group ) yang ditubuhkan pada tahun 2017, diurusakn oleh Kaunselor sekolah Puan Nora Asmawati Binti Jusoh. Badan perwakilan pelajar tersebut diketuai oleh Ku Noor Amilya Natasya, penolongnya Ahmad Nabil Zafri , Ketua Fotografi Aysha Nabilah, Ketua Kempen Alam Sekitar, Nur Izzah Munirah dan Ketua Senamrobik Muhammad Afif Jazimin.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan KLIA
Taman Mawar, Bandar Baru Salak Tinggi
43900, Sepang, Selangor, Malaysia
Telefon = 0387064295
Fax = 0387064295

Pautan luar sunting