Sekolah Kebangsaan Kajang

Sekolah Kebangsaan Kajang atau nama ringkasnya SK Kajang, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Low Ti Kok 43000 Kajang. Terletak berhampiran dengan Hospital Kajang.

Sekolah Kebangsaan Kajang
Lokasi
Jalan Low Ti Kok 43000 Kajang, KAJANG, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah0387330179
Kod sekolahBBA4015
Faks0387330179


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kajang memiliki 375 pelajar lelaki dan 313 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 688 orang. Ia mempunyai seramai 45 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Kajang telah diwujudkan mulai 1 Januari 1973. Sekolah ini wujud dari cantuman tiga buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Umum Kajang, Sekolah Kecil Lelaki Kajang dan Sekolah Rendah Perempuan Kajang. Pada ketika itu ada tiga buah bangunan kayu satu tingkat dengan 6 buah bilik darjah, termasuk bilik guru besar. Bilangan murid ketika itu 266 orang dan 7 orang guru. Guru besar yang pertama ialah Encik Mustafah b. Rapai. Pada tahun 1979, dua blok bangunan kayu dirobohkan dan kerajaan telah membina satu blok dua tingkat yang menempatkan 6 bilik darjah, bilik guru dan pejabat. Manakala proses pembinaan telah tergendala seketika tetapi telah dapat digunakan sepenuhnya pada tahun 1982. Pada tahun 1981 hingga 1987 sebahagian bangunan sekolah telah digunakan untuk kegunaan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat. Pada tahun 1994, bangunan baru empat tingkat dengan 12 buah bilik darjah telah dibina. Penggunaan blok baru ini telah dapat digunakan sepenuhnya pada tahun 1995. Bagi memperingati tarikh penubuhan sekolah, maka pada tanggal 14 November 1998, SKK telah menyambut JUBLI PERAK. Sambutan Jubli Perak telah disempurnakan perasmiannya oleh Tn. Hj. Abdul Rafie Bin Mahat selaku Pengarah Pendidikan Negeri Selangor ketika itu. Pada tahun 2006, bangunan kayu yang digunakan oleh Pusat Kegiatan Guru Kajang dan kuarters guru bersebelahan padang sekolah telah dirobohkan bagi pembinaan bangunan makmal computer dan bangunan sekolah empat tingkat. Bangunan makmal sekolah telah siap dan beroperasi pada tahun 2008 dan bangunan sekolah empat tingkat yang baru mula digunakan pada tahun 2010. Pada tahun itu juga SKK memulakan persekolahan satu sesi.

Pencapaian sunting

Mempunyai seramai 24 orang yang mendapat keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun 2007.


Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kajang
Jalan Low Ti Kok 43000 Kajang
Selangor, Malaysia
Telefon = 0387330179
Fax = 0387330179
Blog = skkajang.blogspot.my

Pautan luar sunting