Sekolah Kebangsaan Kampong Berangan

Sekolah Kebangsaan Kampong Berangan[1] atau nama ringkasnya SK Kampong Berangan, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Kampong Berangan, Selising, Pasir Puteh, Kelantan. Berhampiran juga dengan Lebuhraya Selising ke Tok Bok, Machang sepanjang 9.7 kilometer (km).

Sekolah Kebangsaan Kampong Berangan
Lokasi
 Malaysia Jalan Kampong Berangan, Selising, Pasir Puteh, 16810, Selising,, Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6097520623
Kod sekolahDBA4266
Guru besarPuan Noor Azizah Binti Harun
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Nik Ismail Bin Nik Soh
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Hajjah Zaitoon Binti Che Sulaiman
Penolong Kanan KokurikulumTuan Haji Baharudin Bin Tahir
Faks6097520623
Laman sesawang


Pada 2017, Sekolah Kebangsaan Kampong Berangan memiliki 145 murid lelaki dan 134 murid perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 279 orang. Ia mempunyai seramai 31 orang guru dan 5 orang kakitangan.2017

  • Moto sekolah

" An Urban School In Country Side " ( Sekolah Bandar di Pinggiran Desa ).

Sejarah sunting

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BERANGAN

Latar Belakang SKKB Pada tahun 1948 satu mesyuarat penubuhan sekolah diadakan di rumah Wan Salleh b. Wan Hussin iaitu Pengerusi Pertubuhan Sukarela di Kampong Berangan dengan dihadiri oleh :

1. Wan Leh b. Wan Isa [Penghulu Kampong Berangan].
2. Haji Ibrahim b. Haji Ali [Imam Surau Kampong Berangan].
3. Semua ahli jawatankuasa Pemuda Setia Kampong Berangan.
4. Sebahagian penduduk Kampong Berangan.

Dengan persetujuan semua pihak dan kebenaran Tuan Imam Kampong Berangan, maka lahirlah sebuah sekolah sementara di surau Kampong Berangan dengan murid seramai 30 orang dan seorang tenaga pengajar iaitu En. Nik Muhamad b. Nik Isa [ Setiausaha pertubuhan itu] sebagai guru).

Pada bulan Januari 1949, dengan persetujuan Penghulu Kampong Berangan telah membenarkan bangunan dibuat bersambung dengan serambi rumahnya. Penduduk kampung bergotong –royong untuk membina bangunan tersebut dengan keluasan 40 kaki x 20 kaki persegi yang boleh dijadikan dua bilik darjah. Bangunan ini beratapkan nipah, berdinding buluh dan bertiangkan batang nibung. Segala perbelanjaan adalah sumbangan ibubapa pelajar dan juga penduduk kampung yang agak berada. Sumbangan adalah berupa wang dan bahan – bahan untuk binaan .

Pada awal Februari 1949 , murid – murid yang belajar di surau mula berpindah ke bangunan tersebut. Murid - murid mula bertambah hingga 60 orang. Dengan persetujuan ramai guru lain telah dilantik untuk menampung kekurangan di sekolah itu iaitu Encik Wan Mohd Salleh b. Wan Hussin [ Pengerusi Pertubuhan Pemuda Setia ] dan Encik Nik Muhamad Isa sebagai Guru Besar.Sekolah ini dinamakan ‘Sekolah Rakyat Kampong Berangan’. Selepas itu berubah kepada ‘ Sekolah Melayu Kampong Berangan ’. Kemudian berubah pula mengikut sistem pelajaran iaitu Sekolah Umum Kampong Berangan dan akhirnya menjadi Sekolah Kebangsaan Kampong Berangan hingga ke hari ini.

Pada tahun 1950, sekolah ini memohon didaftar kepada Pejabat Pelajaran Kelantan tetapi tidak diluluskan kerana bersambung dengan serambi rumah.

Pencapaian sunting

Tahun 2015

1) Anugerah Tempat Keenam VLE Frog Peringkat Kebangsaan 2015

2) Anugerah VLE Frog Peringkat Negeri 2015

Tahun 2016

1) Johan Dikir Arab Peringkat Kebangsaan 2016 

2) Anugerah VLE Frog Peringkat Negeri 2016 

3) Anugerah Tempat Ketiga VLE Frog Peringkat Kebangsaan 2016 

4) Anugerah Pembestarian Sekolah Rendah Kelantan 2016 

5) Tempat Ketiga Digital Story Telling E-Coding Peringkat Kebangsaan 2016 

Tahun 2017

1) Anugerah Pembestarian Sekolah Rendah Kelantan 2017

2) Anugerah Tempat kedua VLE SR Peringkat Kelantan 2017


Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kampong Berangan
Jalan Kampong Berangan, Selising, Pasir Puteh
16810, Selising
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097520623
Fax = 6097520623

Pautan luar sunting