Sekolah Kebangsaan Kampong Jaya

Sekolah Kebangsaan Kampong Jaya merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Sg Tong , Permaisuri , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Kampong Jaya
Lokasi
Sungai Tong,, Permaisuri, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6096571924
Kod sekolahTBA6113[1]
Guru besarMAZLAN BIN CHE ISMAIL
GPK Pentadbiran dan AkademikHJH. ROSNANI BINTI MUSTAFFA
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridNORMILAKISWANI BIN JUSOH
Penolong Kanan KokurikulumMESRI BIN WAHAB
Faks6096571924
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampong Jaya memiliki 21 pelajar lelaki dan 19 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 40 orang. Ia mempunyai seramai 11 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Kampong Jaya dibina pada 1 Januari 1977. Guru Besar yang pertama ialah Encik Mohd Fadzil bin Haji Hasyim. Guru Besar sekarang ialah Encik Mazlan bin Che Ismail.

Sekolah Kebangsaan Kampong Jaya terletak kira-kira 4.5 kilometer dari Pekan Sungai Tong melalui persimpangan 3 berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tong. Sekolah ini didirikan bagi menampung keperluan anak-anak pekerja lading sawit TDM Kampong Jaya, Sungai Tong. Sekolah ini merupakan sebuah Sekolah Kekurangan Murid (SKM). Bilangan murid semasa (2011) ialah seramai 40 orang terdiri dari anak-anak pekerja lading dan guru dengan tenaga pengajar 12 orang termasuk Guru Besar serta 2 orang kakitangan sokongan. 7 orang lagi terdiri dari kakitangan kontrak. Keluasan sekolah ini lebih kurang 8.5 ekar dengan hanya mempunyai 4 ekar kawasan berumput dan berbangunan. 1 bangunan 2 tingkat, 1 bangunan 1 tingkat, 2 kelas,1 kantin dan 2 kelas kabin yang baru siap dibina.

Walaupun sekolah ini kecil, penglibatan murid di dalam bidang kurikulum dan kokurikulum tidak diabaikan. Sekolah ini pernah mendapat beberapa anugerah kejayaan di peringkat negeri, daerah dan juga zon. Paling akhir sekolah ini mendapat Sijil Penghargaan dari PPD Setiu di atas pencapaian 100% Numerasi dan Literasi (NKRA 2010).

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kampong Jaya
Sg Tong , Permaisuri , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098240021
FAX      = 6098240023

Rujukan sunting

Pautan luar sunting