Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu, Ayer Tawar


Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu atau nama ringkasnya SK Kampung Baharu, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Baharu (L).

Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu
Lokasi
Kampong Baharu (L), 32400, Ayer Tawar,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoILMU PANDUAN HIDUP
Nombor sekolah6056915975
Kod sekolahABA1025
Faks6056915975

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu memiliki 59 pelajar lelaki dan 42 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 101 orang. Ia mempunyai seramai 14 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu (L), 32400 Ayer Tawar, Perak Darul Ridzuan merupakan sebuah sekolah yang ditubuhkan dengan bantuan modal daripada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang pada tahun 1905. Bangunan asal sekolah ini merupakan sebuah rumah bertiang kayu bulat, berdinding tepus dan beratap rumbia. Pengasas sekolah ini adalah seorang guru yang bernama Cikgu Abdullah bin Gaban. Bilangan muridnya pula hanya seramai 23 orang murid sahaja yang terdiri dari anak-anak penduduk Kampong Baharu sahaja.

              Pada tahun 1922 semasa Cikgu Abdul Razak bin Yeop Ahmad menjadi Guru Besar, sebuah bangunan baru seperti gambar di atas telah didirikan iaitu bangunan kekal 60' X 22' PWD(D)  kerana pertambahan bilangan murid yang datang dari kampung-kampung yang berhampiran seperti Kampong Telok, Kampong Telaga Nenas, Kampong Tengah dan Kampong Seberang.

               Pada tahun 1951, keramaian murid bertambah menjadi 200 orang. Pada tahun 1954, sebuah bangunan separuh kekal KP.(PK)5041 berukuran 55' X 24' telah didirikan bagi menampung bilangan murid yang semakin bertambah. Pada tahun 1957, Lembaga Pengurus Sekolah telah ditubuhkan dengan Pengerusi pertamanya ialah En. Kamal Hijaz bin Abdul Razak. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan pada tahun 1972. Keramaian murid semakin meningkat pada masa itu dengan jumlah murid seramai 250 orang.  Sebuah bangunan kekal JKR(D)755(E) berukuran 140' X 258' telah didirikan pada tahun 1977. Bangunan ini telah dicadangkan untuk diubahsuai menjadi ' Dewan Sekolah ' pada masa akan datang.

               Pada tahun 2000, sebuah bangunan baru tiga tingkat telah dibina yang mana menempatkan enam bilik kelas di tingkat atas, di tingkat dua menempatkan bilik pejabat, bilik mesyuarat, bilik guru dan stor serta di tingkat bawah pula menempatkan bilik sains, kemahiran hidup, muzik, setor pendidikan jasmani serta bilik solat. Bangunan ini amat selesa dan bersesuaian untuk pengajaran dan pembelajaran murid. Kawasan persekitaran telah dicantikkan dengan dataran kejat serta juga garaj kereta guru serta basikal murid.

               Pada tahun 2001 pula, Persatuan Bekas Murid Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu(L) telah diluluskan penubuhannya oleh Jabatan Pertubuhan Malaysia ( ROS ). Dengan tertubuhnya persatuan ini maka terdapat sebuah lagi sayap yang dapat membantu pihak sekolah selain daripada PIBG dalam pelbagai aktiviti yang melibatkan murid. Pengerusinya yang pertama adalah Allahyarham Tuan Haji Zainal bin Mat Isa. Persatuan ini telah banyak membantu dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti seperti Sukan Sekolah, gotong-royong, Majlis Bacaan Yasin dan lain-lain lagi. Pada 31 Disember 2005, Persatuan Bekas Murid bersama dengan pihak sekolah serta PIBG telah menganjurkan Karnival 100 Tahun Sekolah sempena ulangtahun sekolah yang ke 100 tahun. (suntingan YDP PIBG sesi 2018/2020 : En. Salehudin Hawari)

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu
Kampong Baharu (L)
32400, Ayer Tawar
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6056915975
Fax = 6056915975

Pautan luar sunting