Sekolah Kebangsaan Kampung Bukit

Sekolah Kebangsaan Kg Bukit merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Ulu Nerus Kampung Bukit Hulu Nerus , Permaisuri , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Kampung Bukit
Lokasi
Ulu Nerus Kampung Bukit Hulu Nerus,, Permaisuri, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6098240642
Kod sekolahTBA6075[1]
FaksTIADA
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kg Bukit memiliki 28 pelajar lelaki dan 17 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 45 orang. Ia mempunyai seramai 11 orang guru.2009


Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Kampung Bukit (HN) telah di buka pada tahun 1954. Bilangan murid seramai lebih kurang 10 orang. Guru pertama ialah En.Nik bin Ali dari Kampung Telok Pasu, Kuala Terengganu. Beliau berkelulusan Darjah Lima dan merupakan guru tunggal mengajar disekolah ini selama enam tahun.

Pada tahun 1960, blok A telah dibina untuk menampung bilangan murid yang kian bertambah. Kelas telah berjaya dibuka kepada dua kelas dengan bilangan guru seramai tiga orang. Sekarang blok A telah dijadikan Bangunan Pentadbiran dan sebahagian bilik khas. Pada tahun 1982, Satu unit Rumah Guru bangunan kayu telah dibina.

Pada tahun 1984, Bangunan 4 BD (Blok B) dibina bagi menampung bilangan murid yang terus meningkat sehingga 50 orang. Pada tahun 1986, SK.Kg. Bukit dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Wan Mokhtar Ahmad. Banjir pada akhir tahun 1986 telah menenggelamkan keseluruhan bangunan sekolah.

Pada tahun 1993, bangunan tambahan 3 BD telah didirikan. Pada tahun 1994, merupakan tahun paling ramai belajar di sekolah ini, iaitu seramai 95 orang. Purata kemasukan murid setiap tahun adalah sekitar 10 orang. Pada tahun 1995, dua unit rumah guru bangunan batu didirikan. Pada tahun 1999, Bangunan Kantin didirikan. Makmal Sains siap dibina pada 2008.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kg Bukit
Ulu Nerus Kampung Bukit Hulu Nerus ,
Permaisuri ,
Terengganu Darul Iman,
Malaysia
Telefon = 6098240642
Fax = TIADA

Rujukan sunting

Pautan luar sunting