Sekolah Kebangsaan Kampung Nasib

Sekolah Kebangsaan Kampung Nasib atau nama ringkasnya SKKN, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Ipoh - Kuala Kangsar, Enggor. Sekolah ini mula dibina sekitar tahun 1996 dalam kawasan seluas 13 hektar. Siap dibina pada penghujung tahun 2000 dan diberi status sekolah luar bandar.

Sekolah Kebangsaan Kampung Nasib
Lokasi
 Malaysia Jalan Ipoh, Enggor, 33600, Kuala Kangsar,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6057578937
Kod sekolahABA4058
Faks6057576207


Mula beroperasi pada 2 Januari 2001 bagi sesi pagi sahaja. Bermula dengan murid tahun 1 hingga tahun 5 yang dipindahkan dari SK Karai, SK Padang Ampang serta sekolah-sekolah yang berdekatan. Majoriti murid sekolah adalah dari kaum Melayu, dan hanya 3 orang murid India pada waktu itu.

Pada tahun 2003 SKKN telah meluaskan perkhidmatan dengan penambahan PraSekolah iaitu pra persekolahan untuk kanak-kanak berumur 5 tahun. Bermula dengan hanya 1 kelas dan menerima seramai 25 orang murid pada waktu itu dengan seorang guru dan seorang pembantu pengurusan murid. Pada tahun 2008 sebuah lagi kelas telah dibuka untuk menampung pertambahan murid tahun demi tahun.

Pada tanggal 2 Januari 2008. Pendidikan Kas telah secara rasminya dibuka di sekolah ini. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak yang kurang dari segi pembelajaran untuk mendapat pendidikan terbaik untuk golongan mereka. Bermula dengan hanya 1 kelas denga 7 orang murid dan 2 orang guru. Sekarang Pendidikan Khas telah mempunyai 4 kelas dengan 25 orang murid.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampung Nasib memiliki 165 pelajar lelaki dan 143 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 308 orang. Ia mempunyai seramai 30 orang guru.2009

Fasiliti sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kampung Nasib
Jalan Ipoh, Enggor
33600, Kuala Kangsar
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6057578937
Fax = 6057576207

Pautan luar sunting