Sekolah Kebangsaan Kampung Sadek


Sekolah Kebangsaan Kampung Sadek atau nama ringkasnya SK Kampung Sadek, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.[1]

Sekolah Kebangsaan Kampung Sadek
Lokasi
Kampung Sadek, Kupang, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah044765284
Kod sekolahKBA0013
Faks044765284
Laman sesawang
skkgsadek@gmail.com
Map


Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Kampong Sadek (SKKS) pada mulanya ialah cawangan Sekolah Kebangsaan Kuala Kupang. Sekolah Kebangsaan Kampung Sadek ini telah ditubuhkan pada tahun 1961. Pada mulanya ada 4 buah bilik darjah dan sebuah pejabat. Nama sekolah ini diberi sempena nama peneroka asal kampong ini, iaitu Tok Sadek.

Dengan kutipan wang berjumlah RM 1 200.00 satu lot tanah (tapak asal SKKS) seluas 1 relong 109 jemba telah dibeli. Sebuah jawatankuasa pembinaan sekolah telah ditubuhkan dalam tahun 1960. Jawatankuasa pembinaan sekolah telah berjaya mengumpul wang derma daripada orang ramai sebanyak RM 1 300.00 lagi. Wang tersebut digunakan untuk membeli satu lot tanah lagi seluas 1 relung 119 jemba menjadikan luas kawasan sekolah 2 relung 219 jemba. Tanah tersebut ditadbir oleh 3 orang pemegang amanah (Nazir Amanah). Orang ramai bergotong-royong membersih dan menyediakan tapak sekolah.

Sekolah Kebangsaan Kampung Sadek mula didirikan oleh kerajaan pada 14 Februari 1962. Pembukaannya dirasmikan oleh Y.A.B. Datok Seri Maha Wangsa Tun Syed Omar Shahabuddin, P.M.N,J.P. (Menteri Besar Kedah ) pada 25 Januari 1962.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kampung Sadek,
Kampung Sadek 9200,
Kupang,
Kedah

Rujukan sunting

Pautan luar sunting