Sekolah Kebangsaan Karai

Sekolah Kebangsaan Karai atau nama ringkasnya SK Karai, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Karai.

Sekolah Kebangsaan Karai
Lokasi
Kampong Karai, 33600, Enggor,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoRAJIN MAJU JAYA
Nombor sekolah6057576237
Kod sekolahABA4031
Pengerusi PIBGENCIK HAROMAINI BIN REE
Guru besarENCIK ABD MALIK BIN GHAZALI
GPK Pentadbiran dan AkademikPUAN HAJAH ROHANA BINTI HASHIM
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPUAN KHADIJAH BINTI IBRAHIM
Penolong Kanan KokurikulumPUAN A.JULIET A/P AROCKIASAMY
Faks6057576237


Pada 2016, Sekolah Kebangsaan Karai memiliki 87 pelajar lelaki dan 89 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 176 orang. Ia mempunyai seramai 20 orang guru.2016

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Karai terletak 10 kilometer dari bandar Kuala Kangsar merupakan sekolah yang terawal dalam negeri Perak. Ia terletak di atas lot 240, 2613 dan 2569 Mukim Kota Lama Kanan dengan keluasan 3e or 30p. Kedudukannya berhampiran dengan Jambatan Victoria iaitu jambatan keretapi serta berhampiran dengan Sungai Perak. Pada masa Perang Dunia Kedua, bangunan sekolah berhampiran Sungai Perak yang dibina pada tahun 1900 ini telah dijadikan pusat pertahanan tentera Jepun. Masih terdapat kesan-kesan kubur mangsa peperangan di kawasan ini. Walau bagaimanapun bangunan ini telah dirobohkan untuk dijadikan kawasan padang sekolah. Pada permulaannya sekolah ini mempunyai 3 jenis bangunan kekal. Bangunan pertama beratap genting dan berdinding batu, bangunan kedua bertiang batu dan berdinding tepas buluh sementara bangunan ketiga adalah beratap genting dan berdinding tepas buluh juga. Ketiga-tiga bangunan ini mempunyai sembilan bilik darjah dan sebuah bilik guru.

Sekolah ini terbahagi kepada dua jenis sekolah yang berasingan iaitu Sekolah Melayu Lelaki dan Sekolah Melayu Perempuan. Guru Besar yang pertama ialah En. Dapat sementara sekolah perempuan tidak dikenalpasti pentadbirnya. Akhirnya sekolah ini disatukan dibawah satu pentadbiran. Pada tahun 1932, sekolah ini telah dijadikan pusat Sekolah-Sekolah Rendah Aliran Melayu dalam daerah K.Kangsar. Ramai murid datang ke sekolah ini untuk menyambung pelajaran ke darjah 6. Pihak Inggeris telah membina bangunan dua tingkat bagi menampung keperluan tersebut. Bangunan ini digunakan sehingga negara mencapai kemerdekaan.

Sekitar awal tahun 1978, sebuah bangunan dua tingkat yang dilengkapi dengan 8 bilik darjah, bilik guru, kantin, bilik guru besar siap dibina. Dalam tempoh menunggu kelulusan, pembelajaran dijalankan dalam 2 sesi serta menggunakan bangunan Madrasah Kampung Karai. Bangunan ini mula digunakan pada 1 Januari 1980. Dengan pembinaan Sekolah Kebangsaan Kampung Nasib pada tahun 2001, Sekolah Kebangsaan Karai telah mengalami kekurangan murid secara mendadak. Hampir 100 orang murid yang duduk berdekatan dengan SK Kampung Nasib bersekolah di sana. Pada tahun 2003, bangunan makmal komputer dibina sejajar dengan kepesatan teknologi maklumat di negara ini. Ia banyak memberi manfaat kepada guru-guru dan murid sekolah ini. Sehingga kini SK Karai mempunyai 19 orang guru, 4 orang kakitangan sokongan, 4 pekerja swasta serta 4 orang Jaga swasta.

Pencapaian sunting

SK Karai menjuarai kejohanan Bolasepak peringkat ZON Kota Lama Kanan pada tahun 1987. SK Karai juga pernah menjuarai Kejohanan Sepak Takraw Daerah Kuala Kangsar pada tahun 1993 dan 2 pemain berjaya dipilih mewakili daerah Kuala kangsar untuk ke peringkat negeri Perak. Pada Tahun berikutnya 1994, SK Karai sekali lagi mempertahankan kejuaraan Sepak Takraw Daerah Kuala Kangsar dan seorang pemain berjaya mewakili negeri Perak bagi peringkat Kebangsaan. Pada tahun yang sama juga 1994, SK Karai telah menjuarai Kejohanan Bolasepak 7 sebelah bagi ZON Kota Lama Kanan dan seorang pemain berjaya mewakili Daerah Kuala Kangsar untuk ke Peringkat Negeri Perak. Pada tahun 1992, SK Karai menjuarai pertandingan PIDATO peringkat Daerah Kuala Kangsar. 2015 - Alyaa Huda binti Ahmad Ridwan Johan Pengucapan spontan Kelab Doktor Muda Daerah Kuala Kangsar. 2016 - Nur Aleeya bt. Zulrozaini Naib johan 100 meter dan lompat jauh bwh 12 tahun zon candan. 2016 - Alia bt. Abdullah Naib johan lontar peluru dan ketiga 100 meter 11 tahun zon candan. 2016 - SK Karai berjaya memperolehi penarafan SSQS 5 bintang 2022 - Adik Muhammad Fahim Adeeb telah berjaya memenangi tempat ketiga catur MSSD dan mewakiki Daerah Kuala Kangsar keperinkat negeri 2022 - Adik Nur Umairah Atikah Berjaya memenangi tempat kelima merentas desa daerah dimana seramai 451 org peserta telah mengambil

      bahagian. Beliau telah berjaya  mewakili daerah ke peringkat negeri.

2022 - Ahmad Jumaidy berjaya mewakili Daerah Kuala Kangsar kepertandingan peringkat negeri bagi acara bola sepak sebagai penjaga gol 2022 - Adik Muhammad Ikmal berjaya memenangi tempat ketiga lompat jauh MSSD 2023 - Adik Nurul Syuhadah Ajk kelab DR Muda telah memenangi tempat pertama pertandingan mewarna peringkat negeri Perak

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Karai
Kampong Karai
33600, Enggor
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6057576237
Fax = 6057576237

Pautan luar sunting