Sekolah Kebangsaan Kebayau Telipok

Sekolah Kebangsaan Kebayau Telipok atau nama ringkasnya SK Kebayau Telipok, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Kebayau yang terletak di atas bukit Kebayau yang juga dikenali sebagai Nulu Kebayau.

Sekolah Kebangsaan Kebayau Telipok
Alamat
SK KEBAYAU TELIPOK, JALAN BELAKANG PEKAN TELIPOK, ATAS BUKIT KEBAYAU, 88450 KOTA KINABALU, SABAH.
LUAR BANDAR
TELIPOK, 88450, 88450 KOTA KINABALU, SABAH
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoUSAHA TERAS KEJAYAAN
Autoriti pendidikanKOTA KINABALU
SesiPAGI
Kod sekolahXBA4013
Pengerusi PIBGMEDISA MASILLA HENRY (2022-2023)
Guru besarENCIK MOHD SHAFRI BIN SALLEH@GZALI
Tenaga pengajar13 ORANG GURU
Kelas6 BUAH KELAS
Bahasa pengantarBAHASA MELAYU
LaguUSAHA TERAS KEJAYAAN


SK KEBAYAU TELIPOK SEKOLAH YANG KAMI CINTAI NAMAMU KAMI SANJUNGI JASAMU KAMI JUNJUNGI

SK KEBAYAU TELIPOK TEMPAT KAMI MENUNTUT ILMU ANAK BANGSA TERDIDIK MELAHIRKAN BANGSA BERILMU

CHORUS: USAHA TERAS KEJAYAAN COGAN KATA TERCIPTA TAK MUDAH KAMI PUTUS ASA MELAHIRKAN INSAN MULIA

HORMATI GURU DAN IBU BAPA BERDISIPLIN AMALAN MULIA SK KEBAYAU TELIPOK MENUJU KE PUNCAK JAYA

MENUJU KE PUNCAK JAYA
GPK Pentadbiran dan AkademikBEATRICE ANTUNG DAINAL
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridDANIEL BIN JALDIN
Penolong Kanan KokurikulumWILSON GOVEN JABLEE


Kampung Kebayau merupakan salah sebuah kampung yang terletak di dalam kawasan Telipok. Kampung-kampung yang berhampiran dengan Kampung Kebayau ialah Kampung Logkou Baru, Kampung Tamalang dan Kampung Tampulan.

Sekolah yang pertama didirikan bagi keempat-empat kampung tersebut dibina pada tahun 1959. Bangunan sekolah tersebut adalah hasil usaha penduduk kampung yang dipimpin oleh Encik Emat B Balik (Ketua Kampung), Encik Sahat B Gital, Encik Lunji Sabilan, Encik Dulumanan dan Encik Borit Jinal. Sekolah tersebut merupakan sekolah sukarela tempatan (NVS-Native Voluntary School) dan diberi nama NVS. Kebayau Telipok. Bangunan sekolah tersebut dibuat daripada kayu bulat, bambu dan beratapkan daun rumbia. Ianya didirikan secara gotong-royong di atas tanah kepunyaan Encik Lunji Sabilan di Kampung Tamalang memandangkan kampung tersebut terletak di tengah-tengah di antara keempat-empat kampung tersebut. Seorang guru telah dilantik oleh masyarakat kampung untuk mengajar pada masa itu iaitu Encik Noruhin b Dulumanan.

Pada tahun 1960, masyarakat kampung terutama nama mereka yang tersenarai di atas telah memohon seorang guru yang bertauliah serta memohon pembinaan bangunan yang lebih baik dariapada kerajaan. Setelah diteliti oleh pihak yang berkenaan, seorang guru iaitu Encik Panus B Lokub telah dihantar oleh Jabatan Pendidikan Negeri untuk bertugas di sekolah tersebut. Pihak yang berkenaan telah bersetuju untuk membina bangunan sekolah dengan syarat tapak tempat pembinaan sekolah itu haruslah diserahkan kepada pihak kerajaan melalui Jabatan Pendidikan Negeri. Encik Lunji Sabilan ( tuan punya tanah ) tidak bersetuju untuk berbuat demikian. Pengusaha seperti yang tersebut di atas berusaha untuk mencari tapak yang sesuai (tanah reserver) dan memdapati kawasan tersebut terletak di Kampung Tampulan.

Pada tahun 1962, bangunan sekolah tersebut dipindahkan ke Kampung Tampulan, Telipok. Memandangkan jarak di antara Kampung Kebayau, Kampung Tamalang dan Kampung Logkou Baru agak jauh dari Kampung Tampulan (tapak bangunan sekolah yang baru) maka para ibu bapa di ketiga-tiga kampung tersebut khususnya Kampung Kebayau telah berikhtiar untuk memohon sebuah sekolah di Kampung Kebayau. Ini diusahakan oleh Encik Emat B Balik (Ketua Kampung) dan Encik Sahat B Gital. Berkat usaha gigih mereka, pihak kerajaan melalui Jabatan Pendidikan Negeri telah meluluskan permohonan tersebut. Sebuah bangunan dengan satu bilik darjah telah dibina pada tahun 1970 di atas sebidang tanah seluas 2.03 ekar dan diberi nama SRK Kebayau Telipok. Pada 10 Mac 1970, Encik Angkihon Gitut telah ditugaskan untuk mengajar di sekolah ini dengan jumlah murid pada masa itu seramai 44 orang. Kemudian pada 18 Ogos 1970, seorang penolong telah dihantar iaitu Encik Awang Besar Salleh. Ini menjadikan jumlah guru menjadi dua orang. Pada tahun 1972, sebuah lagi bangunan tambahan sekolah iaitu kelas dan sebuah rumah guru telah dibina.

Pada tahun 1984, dua blok lagi bangunan sekolah telah didirikan dengan setiap blok mempunyai 3 buah bilik darjah, sebuah bilik guru, sebuah bilik guru besar dan sebuah rumah guru. Bilangan murid pada ketika itu ialah seramai 95 orang dan guru seramai 4 orang.

Sejarah sunting

SENARAI GURU BESAR SK. KEBAYAU TELIPOK

BIL NAMA GURU BESAR MULA BERKHIDMAT SEHINGGA
1 En. Angkihon Bin Gitut
2 Tuan Hj.Gani Hj.Jaffar
3 En. Angkihon Bin Gitut
4 En.Hassim Bin Emat
5 En. Mohd Yusri Bin Hj Masri 12/12/2013 01/07/2015
6 Pn. Jumini Hj.Sulaiman 2015 2023
7 En. Mohd. Shafri Bin Salleh@Gzali 2023 kini


Pencapaian sunting

Alamat sunting

SK KEBAYAU TELIPOK,
JALAN BELAKANG PEKAN TELIPOK,
ATAS BUKIT KEBAYAU,
88450 KOTA KINABALU, SABAH.
Telefon = +60138108373 (GURU BESAR)
Fax = TIADA

Pautan luar sunting