Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu

sekolah rendah di Malaysia

Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu atau nama ringkasnya SK Kebun Baharu, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Kebun Baharu.

Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu
Lokasi
Kampung Kebun Baru, Telok Panglima Garang, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah331228415
Kod sekolahBBA1010
Faks331220500
Map


Sejarah sunting

Pada 9 April 1951, sekolah ini mula dibuka dengan murid seramai 57 orang iaitu 28 murid lelaki dan 29 murid perempuan. 17 April 1951, En. Johari b. Jalal bersama anak perempuannya, Cik Normah bt. Johari mula bertugas.

Bangunan sekolah dirasmikan dan sekolah dinamakan Sekolah Melayu Kebun Baharu sempena nama kampung yang baru dibuka dan telah mendapat persetujuan penduduk kampung sebagai lambang persepakatan. Murid telah meningkat kepada 95 orang.

Bilangan guru yang bertugas juga bertambah menjadi 5 orang iaitu:

1. En. Johari b. Jalal (Guru Besar)

2. Cik Normah bt. Johari

3. En. Bahari b. Bahauddin

4. En. Harun b. Hj. Ahmad

5. En. Ahmad b. Ishak

Pada tahun 1961, nama Sekolah Melayu Kebun Baharu ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu atas arahan Kementerian Pelajaran ketika itu, sesuai dengan beberapa perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan negara pada ketika itu.

Bangunan Kerajaan

Setelah negara mencapai kemerdekaan, kerajaan bersetuju untuk membina sebuah bangunan sekolah yang baru pada tahun 1964. Bangunan baru ini mempunyai 3 buah bilik darjah.

Walaubagaimanapun, bangunan ini tidak mampu menampung jumlah murid yang semakin bertambah. Oleh itu, sebuah bangunan sementara telah didirikan.

Pada tahun 1970, dua bangunan berkembar telah dibina. Bangunan yang diperbuat daripada batu dan beratapkan asbestos ini mengandungi 6 buah bilik darjah, pejabat, bilik guru dan tandas.

Bangunan ini siap dibina pada tahun 1971. Perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Encik Hussein bin Onn, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu.

Pada tahun 2009, Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu memiliki 817 pelajar lelaki dan 754 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1571 orang. Ia mempunyai seramai 79 orang guru pada tahun 2009.

Namun kini pada tahun 2020, jumlah murid mencecah 2400 dan jumlah guru yang bertugas di SK Kebun Baharu ialah seramai 144 orang guru. Ramai bukan?

Pencapaian sunting

Juara Olahraga MSSD

Olahragawan Daerah

Olahragawati Daerah

Sekolah Cemerlang Sukan

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu, Jalan Sekolah, Kebun Baharu Batu 10, Telok Panglima Garang, 42500, Selangor Darul Ehsan.
No. Telefon: 03-3122 8415
No. Fax: 03-3122 0500 Email: bba1010@btpnsel.edu.my

Pautan luar sunting