Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No. 5

Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No. 5 atau nama ringkasnya SK Kelapa Sawit No. 5, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Subis.

Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No. 5
Lokasi
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Subis, 98150, Bekenu,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahYBB4429
FaksTIADA


Pada Januari 2011, Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No. 5 memiliki 86 pelajar lelaki dan 82 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 168 orang. Ia mempunyai seramai 18 orang guru.2009

Sejarah sunting

SK Kelapa Sawit No 5 asalnya Sekolah Rendah Kerajaan Kelapa Sawit No 5. Sekolah ini merupakan ehsan daripda Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LKTS) bagi menjaga kebajikan anak-anak pekerja LKTS Subis 1, Subis 2, Subis 3, Sekaloh Niah dan kawasan sekitarnya. Sekolah asal tersebut terletak di Subis 1 berhampiran dengan pejabat LKTS subis 1. Terdapat perselisihan faham dan memikiran lokasi sekolah tersebut terletak jauh kepada sebahagian daripada penduduk maka komuniti mengadakan mesyuarat khas. Hasil daripada mesyuarat tersebut, Subis 2 dijadikan penempatan baru bagi sekolah tersebut kerana lokasinya stategik di tengah-tengah di antara Subis 1, Subis 3 dan Sekaloh. Sekolah baru tersebut menempatkan sebuah asrama kepada penduduk yang jauh dan menyediakan khidmat termasuk makan kepada pelajar. Sekolah papan tersebut mempunyai sebuah padang yang luas, rumah guru, rumah guru besar, dapur dan sebuah bangunan sekolah.

Pelajar di sekolah tersebut tidak mempunyai tempat untuk mandi, mereka telah berkongsi kolam mandi dengan penduduk subis 2. Kolam air kuning tersebut terpaksa digunakan walaupun kebersihan airnya tidak terjamin. Air minum di sekolah tersebut menggunakan air tangki yang ditadah di bumbung sekolah. Sekolah tersebut menggunakan lampu gasolin sebelum kemunculan generator.

Guru Besar yang pernah berkhidmat di ialah Bujang Hj Bahasa. Di antara pengajar yang popular dan penuh dedikasi ialah Kwan Ah Peng, Norlida Hj Md Sirat.

Pelajar-pelajar yang bersekolah tersebut terdiri daripada bangsa Iban, Kedayan, Melanau, Kayan, Kenyah dan bugis. Di antara nama pelajar juga amat pelik seperti LAWAN, SIMUN, RENANG, MELAKA, JANA, YATIM dan banyak lagi.

Pencapaian sunting

Johan Keseluruhan MATQ 2013 Peringkat Zon Ladang

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No. 5
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Subis
98150, Bekenu
Sarawak, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Pautan luar sunting