Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, Kedah


Sekolah Kebangsaan Kepala Batas atau nama ringkasnya SK Kepala Batas, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.

Sekolah Kebangsaan Kepala Batas
Lokasi
Kepala Batas, Kepala Batas, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
MotoBELAJAR DAN BERUSAHA
DitubuhkanN/A
Nombor sekolah047144903
Kod sekolahKBA4031
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Mohd Putra bin Mohd Yusop
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Yusof Bin A. Samad
Penolong Kanan KokurikulumPn Anis Azlina Binti Aziz
Faks047144903
Laman sesawang
N/A
Map

Sekolah Kebangsaan Kepala Batas mempunyai kod sekolah KBA4031.

Sekolah Kebangsaan Kepala Batas merupakan sekolah sesi pagi sahaja, dan merupakan sebuah sekolah bantuan kerajaan. Ia mempunyai murid lelaki dan perempuan dan menggunakan bahasa pengantar Bahasa Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Kepala Batas tidak memiliki asrama.

Sejarah sunting

Sekolah ini dinamakan sempena nama tempat iaitu Kepala  Batas. Mengikut sejarah, nama Kepala Batas diberikan oleh pengguna-pengguna jalan darat iaitu pejalan kaki, penunggang gajah, kereta lembu dan kereta kerbau serta pengguna jalan sungai iaitu pendayung perahu dan sampan yang berhenti rehat atau menambatkan perahu dan sampan di tebing sungai yang menjadi sempadan antara Daerah Kubang Pasu dan Kota Setar.

Sebuah sekolah pelajaran jawi ditubuhkan tahun 1905 oleh penduduk tempatan atas saranan YTM Tengku Yahya bin Tengku Zainal Abidil yang menjadi Penguasa Pelajaran pada masa itu.

Sekolah ini dibina atas tanah kepunyaan Tengku Sulong tetapi kemudiannya dipindahkan ke tapak sekarang ini.

Pada tahun 1911, kerajaan telah mendirikan sebuah sekolah di tapak bangunan masjid sekarang. Tentera Jepun telah menggunakan sekolah ini sebagai pusat tenteranya semasa perang dunia kedua.  Selepas British kembali berkuasa pada tahun 1945.  Sekolah Melayu Kepala Batas berpindah sekali lagi ke Tok Jalai menggunakan bangunan kilang beras yang berdindingkan pelupuh dan beratapkan nipah.

Pada tahun 1951 berlaku sekali lagi perpindahan dari Tok Jalai ke tapak asal yang ada sekarang ini apabila kerajaan membina sebuah bangunan 5 bilik darjah.  Pertambahan murid yang ramai mendorong Lembaga Pengurus dan penduduk tempatan membina sebuah lagi bangunan 2 tingkat, kantin dan sebuah rumah guru yang kini diubah suai menjadi surau sekolah.  Kerajaan juga mendirikan bengkel kemahiran  hidup dan perpustakaan pada ptahun 2001.  Sekali lagi kerajaan telah membina dua buah bangunan dua tingkat sebagai tambahan bangunan yang sedia ada di samping membina  sebuah makmal computer yang telah digunakan sepenuhnya pada tahun 2002.

Demikianlah sekolah yang telah terbina di atas tanah seluas 4 ekar (5 relung 360 jemba) meniti sejarahnya sejak awal penubuhan sehingga sekarang.  Sepanjang tempoh itu, beribu murid yang telah dididik oleh ratusan guru silih berganti.  Mengikut rekod, seramai 23 orang guru besar telah berkhidmat dan menyumbangkan bakti mereka sejak tahun 1946.

Pencapaian sunting

-Naib Johan Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan 2019

-KE-3 Pertandingan BAhas Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan 2018

-Johan Dikir Barat Bahasa Arab 2013

-Johan Dikir Barat Bahasa Arab 2014

-Naib Johan Bicara Berirama 2015

-Tempat Ketiga Choral Speaking 2013

-Tempat ke 3 Bahas Ala Peringkat Kebangsaan 2018

-Naib Johan Bahas Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan 2019

-Johan Pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab 2019 Peringkat Daerah

Alamat sunting

Kepala Batas, Kepala Batas
06200 Kedah
Telefon : 047144903
Faks  : 047144903

Pautan luar sunting