Sekolah Kebangsaan Kampong Melayu Niyor

Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Niyor atau nama ringkasnya SK Kg Melayu Niyor, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Melayu Niyor.

Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Niyor
Lokasi
 Malaysia Kampung Melayu Niyor, 86000, Kluang,, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu Beramal
Nombor sekolah6077431289
Kod sekolahJBA2035
Pengerusi PIBGSapari bin Abdul Manan
PengetuaNor Zaidi bin Jamiluddin
GPK Pentadbiran dan AkademikAsmah bte Abu Hassan
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridNorsahira binti Abdullah
Penolong Kanan KokurikulumSuofiah binti Abdul Rahman
Faks6077431289
Laman sesawang


Visi sunting

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Misi sunting

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Cogan Kata sunting

Mencipta Idea, Menjangkau Kreativiti, Menjana Inspirasi

Enrolmen sunting

MURID sunting

PRASEKOLAH : 23 orang

1 BESTARI : 20 orang

2 PINTAR : 18 orang

3 ARIF : 22 orang

4 CERDAS : 16 orang

5 DEDIKASI : 14 orang

6 CEMERLANG : 23 orang

JUMLAH KESELURUHAN : 138 Orang

STAF sunting

GURU : 14 Orang

AKS : 4 Orang

PEMBANTU KEBERSIHAN : 3 orang

PENGAWAL KESELAMATAN : 2 orang

Sejarah sunting

Sejarah Umum sunting

Pekan Niyor terletak di pinggir Bandar Kluang, kira-kira 15 Kilometer dari Bandar Kluang. Penduduk di kawasan ini adalah berbilang kaum. Dikawasan ini terdapat tiga buah sekolah ,di antaranya Sekolah Kebangsaan Kg.Melayu Niyor,Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lit Terk dan Sekolah Tamil Ladang CEP Tamil. Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Niyor terletak Di Kampung Melayu Niyor.Pada peringkat awalnya,murid sekolah ini memulakan pembelajaran di balai raya Kampung Melayu Niyor kerana ketiadaan bangunan sekolah iaitu sekitar tahun 1972. Secara rasminya,sekolah ini dibuka pada 14 Februari 1973. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah luar bandar dan sekolah kurang murid(SKM). Keluasan kawasan sekolah ini ialah 4.5 hektar dengan geran bernombor PTD2417. Selepas lapan bulan,sekolah ini mendapat bangunan baru yang diperbuat daripada kayu. Pengasas sekolah ini adalah En. Shawal bin Ahmad. Bilangan murid pada ketika itu adalah seramai 60orang. Sekolah ini terdiri daripada sebuah blok A dan pondok pam air. Sembilan tahun kemudian,sekolah dapat menambahkan bangunan baru iaitu blok B dan kantin sekolah. Setahun kemudian,iaitu pada tahun 1982,sebuah rumah guru kelas G telah dibina. Pada 10 Mei 1983,Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini didaftarkan dengan nombor pendaftaran JPJ/PIBG/0500. Pada Tahun 1997 pula,Bilik Kemahiran Hidup telah dibina dan pihak Persatuan Ibu Bapa Dan Guru telah memohon sumbangan berupa sebuah komputer daripada YB Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh iaitu En. Chong Ah Owon. Pada Tahun 2000,Senator Pn Hjh. Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain telah bermurah hati untuk menyumbangkan peruntukan sebanyak RM500 untuk perbelanjaan SUWA. Beliau ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang juga merangkap Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. Pada Tahun 2002 pula,pihak Persatuan Ibu Bapa dab Guru telah mendapat peruntukan berupa sebuah komputer berserta pencetak sumbangan daripada YB En.Chong AH Owon. Pada tahun 2004,pihak sekolah telah memnerima tiga buah komputer beserta tiga buah pencetak daripada YB Dato' Hishamuddin Bin Tun Hussein,Menteri Pelajaran Malaysia. Pada tahun 2006,pihak sekolah telah menerima lawatan kerja Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,Dato' Dr Haji Ahamad Bin Sipon. Beliau memantau projek rintis Interactive Whiteboard dan beliau sangat berpuas hati denganya. Pada tahun yang sama juga,sekolah telah diberikan peruntukan Pusat Akses Komuniti dilengkapi dengan 10 buah komputer dan sebuah pencetak serta capaian internet oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada September 2007,sekolah bersama-sama pihak Time Engineering telah menjayakan Program Angkasawan Negara Di SKKMN sendiri. Melalui penggunaan Radio Amatur,komunikasi secara lansung antara Bumi dan Stesen Antarabangsa ISS dpat dijalankan. Soaljawab antara murid dan angkasawan pertama negara,Dr.Sheikh Muszaffar Shukor dapat didengar dengan jelas di sekolah ini. Berikutan dengan itu,sekolah juga telah dipilih sebagai salah sebuah sekolah angkat kepada Syarikat Time Engineering. Sejak tahun 1997 hingga 2006,pelbagai pihak termasuk individu telah menyumbang beberapa kompuet berserta dengan mesin pencetak dan juga peruntukan wang ringgit untuk perbelanjaan SUWA.

Senarai Nama Guru Besar sunting

- 1972 hingga 1984 = Tn. Hj. Othman Bin Kitom

- 1984 hingga 1986 = En. Rahim Bin Al-Hadad

- 1986 hingga 1999 = Tn. Hj. Abd Rahman Bin Taslim

- 1999 hingga 2002 = Tn. Hj. Zulkipli Bin Yahya

- 2003 hingga 2004 = Tn. Hj. Haron Bin Mohamed

- 2004 hingga 2005 = Pn. Hjh. Norsiah Binti Samion

- 2005 hingga 2007 = Pn. Norgayah Binti Othman

- 2007 hingga 2012 = Pn. Hjh. Mapidon Binti Hj. Samsuddin

- 2012 hingga 2015 = En. Johar bin Suib

- 2016 hingga sekarang = En. Nor Zaidi bin Jamiluddin

Pencapaian sunting

2004 sunting

- Olahraga | 1 orang murid > MSSJ

- Sepak Takraw | 1 orang murid > MSSJ

- Bola Baling | 8 orang murid > MSSJ

- Bola Baling | 1 orang murid > MSSM

2005 sunting

- Anugerah Selangkah Di Hadapan | Peringkat : Negeri Johor | Cemerlang UPSR

- Naib Johan | Pertandingan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang (Kategori SKM) | Peringkat : Daerah Kluang

- Bola Baling | 2 orang murid > MSSD Kluang

2006 sunting

- Olahraga | 1 orang murid > MSSD Kluang

- Olahraga | 1 orang murid > MSSJ

2007 sunting

- Kelulusan 100% UPSR

- Anugerah Pencapaian Lonjakan Saujana Peratus Menguasai Dalam UPSR | Peringkat : Daerah Kluang

- Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kurikulum | Anugerah Kualiti

- Sepak Takraw | 3 orang murid > MSSJ

- Sepak Takraw | 1 orang murid > MSSM

2016 sunting

- Bola Tampar Lelaki B12 | Naib Johan | MSSD Kluang

- Bola Tampar Perempuan B12 | Naib Johan | MSSD Kluang

- Merentas desa | 1 orang Murid (Tempat ke-6) | MSSD Kluang

- Bola Tampar | 6 orang murid > MSSJ


Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Niyor
Kampung Melayu Niyor
86000, Kluang
Johor, Malaysia.
Telefon = +607-7431289
Faks = +607-7431289

Pautan luar sunting