Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Kedah


Sekolah Kebangsaan Khir Johari atau nama ringkasnya SK Khir Johari, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.

Sekolah Kebangsaan Khir Johari
Fail:Sekolah Kebangsaan Khir Johari.jpg
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah044212350
Kod sekolahKBA3035
Faks044212350
Map


Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Khir Johari ini dinamakan sempena tokoh Tan Sri Mohamed Khir Johari. Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari telah dibina pada tahun 1956 oleh Jawatankuasa Penaja yang diketuai oleh Tuan Hj. Mohd Amin b. Salikin. Sekolah ini dinamakan Sekolah Rakyat dan telah dirasmikan pembukaannya oleh Pegawai Daerah Johor Bahru ketika itu iaitu En. Talib b. Andak pada 1 Januari 1956.

Bangunan pertama yang didirikan merupakan sebuah sekolah yang dibina secara bergotong-royong. Pada tahun 1957, Jabatan Pelajaran Negeri telah menaikkan taraf sekolah ini kepada Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan.

Perkembangan pendidikan di sekolah ini sungguh pesat dan menarik banyak perhatian daripada golongan pendidik, pemimpin dan juga penduduk setempat. Pada 31 Oktober 1965 iaitu kira-kira 8 tahun selepas dinaiktaraf, sekolah ini telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu iaitu En. Mohd Khir b. Johari. Sempena majlis perasmian yang bersejarah itu, Sekolah Kampung Melayu telah diubah namanya kepada Sekolah Mohd Khir Johari.

Hari berganti hari dan masa berlalu begitu pantas. Pada tahun-tahun berikutnya, beberapa buah bangunan tambahan telah dibina untuk menampung pertambahan murid yang semakin pesat. Dari sebuah sekolah kecil yang hanya menampung 53 orang murid pada awal penubuhannya kini telah mencapai 1500 orang. Pernah suatu ketika jumlah murid mencapai 2100 orang. Pertambahan ini juga menyebabkan pihak sekolah mewujudkan sesi pagi dan petang sejak 1963 lagi.

Keluasan tanah sekolah ini meliputi 8 ekar 3 rod 37 pole. Bangunan sekolah pertama yang dibina secara gotong-royong pada tahun 1956 telah diketuai oleh En. mohd Amin b. Salikin yang merupakan Ketua Kampung di Kampung Melayu.

Guru Besar sunting

Berikut ialah senarai nama pengasas Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari:

  1. En. Mohd Amin b. Salikin
  2. En. Abdul Rahim b. Ahmad
  3. En. Mohd Don b. Abdul Rahman
  4. Tn. Hj. Nordin b. Ishak
  5. En. Hussein b. Hj. Musa
  6. En. Salleh b. Kemin
  7. En. Siraj b. Kemin
  8. Tn. Syed Abdul Rahman b. Othman
  9. En. Mahad b. Mohamad
  10. En. Sarni b. Hassan
  11. En. Haris b. Dimin
  12. En. Buruk b. Mohd Sikh
  13. En. Mustapha b. Abu Bakar
  14. En. Mulani b. Hassan

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Pautan luar sunting