Sekolah Kebangsaan Kijal

Sekolah Kebangsaan Kijal atau lebih dikenali sebagai Sekolah Melayu pada ketika itu telah dibina tahun 1926 bertempat di Kampung Tengah, Kijal. Bangunan sekolah ini telah didirikan dengan kerjasama penduduk Kampung Kijal dan dibuka dengan rasminya oleh Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah Kemasik, Dato’ Sangsurang bersama-sama Guru Kumpulan Timur Kemaman atau lebih dikenali sebagai Pegawai Pendidikan Daerah.

Sekolah Kebangsaan Kijal
Lokasi
Jalan Pantai, Kampung Ibai,, Kijal, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIlmu Makanan Jiwa
Nombor sekolah6098589952
Kod sekolahTBA5045[1]
Faks6098589798
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Sejarah sunting

Sejarah awal sunting

Semasa sekolah dibuka, bilangan muridnya adalah seramai 61 orang dan semuanya lelaki serta mempunyai seorang guru iaitu Encik Abd Rahman bin Abd Hamid. Pada tahun 1930, Sekolah Melayu Kijal ini telah berpindah ke Kampung Ibai, Kijal hingga sekarang. Jarak sekolah dari pusat pentadbiran Daerah Chukai, Kemaman ialah 21 km dan dari pusat pentadbiran negeri Terengganu ialah 137 km. Pada zaman pemerintahan Jepun, sekolah ini pernah dijadikan tempat berehat tentera Jepun sebelum meneruskan perjalanan ke selatan Tanah Melayu.

Kemudahan sunting

Bangunan separuh kekal telah didirikan oleh Pejabat Pelajaran Terengganu yang hanya berasaskan kayu, beratapkan nipah dan berukuran 60 kaki x 22.5 kaki. Pada tahun 1957 iaitu ketika Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Pejabat Pelajaran Terengganu telah mendirikan sebuah lagi bangunan tambahan yang berukuran 90 kaki x 22.5 kaki dan mengandungi 3 bilik darjah. Bangunan tersebut berlantaikan simen, berdindingkan papan serta beratapkan bata dan terletak berhampiran rumah guru.

Memandangkan bilangan murid telah bertambah dari setahun ke setahun, menjelang akhir tahun 1957, sebuah lagi bangunan baru telah didirikan oleh Pejabat Pelajaran Terengganu dengan kerjasama Lembaga Kebajikan Masyarakat Tanah Melayu. Bangunan yang baru dibina ini adalah berasaskan batu penuhnya dan berukuran 225 kaki x 22.5 kaki dan mengandungi 6 buah bilik darjah, sebuah ruang pejabat dan bilik Guru Besar, sebuah Bilik Guru, sebuah bilik SRT, sebuah bilik stor, dan 7 buah tandas yang dibina berasingan.

[[:]] Pada tahun 1979, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendirikan bangunan tambahan terdiri yang daripada 2 unit rumah guru, sebuah kantin yang berukuran 30 kaki x 60 kaki dan sebuah bangunan 2 tingkat berukuran 110 kaki x 23 kaki yang mengandungi 3 buah bilik darjah, sebuah bilik perpustakaan, sebuah ruang pejabat dan bilik Guru Besar, sebuah stor dan 2 buah tandas. Pembinaan bangunan baru ini telah menelan belanja sebanyak RM141,000.00 dan mula digunakan pada 4 Januari 1981. Untuk meringankan beban ibu bapa, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina sebuah Asrama Desa yang dilengkapi dengan kemudahan asas termasuklah sebuah dewan makan dan 2 buah tandas yang mula digunakan pada Mac 1995. Makmal komputer siap dibina dan digunakan pada tahun 2005. Bangunan D dan E yang setinggi 3 tingkat dibina pada tahun 1998 dan siap digunakan pada tahun 2001. Bilik guru telah dipindahkan ke tingkat bawah Blok A, manakala pejabat terletak pada aras 1 di blok yang sama pada tahun 2004. Bilik guru yang asal telah dijadikan dewan besar dan dinaik taraf pada tahun 2005. Surau lama yang terletak di kawasan rumah guru telah dirobohkan untuk membina bangunan asrama baru. Bagi menggantikannya, surau baru yang bernilai lebih kurang RM50 ribu dibina hasil sumbangan orang ramai dan sumbangan guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Kijal, PIBG dan Pejabat Agama Daerah Kemaman. Lokasinya terletak di antara blok A dan blok B. Kerja-kerja pembinaan surau ini diketuai oleh Cikgu Ismail bin Muda iaitu Guru Penolong Kanan 1 pada masa itu. Surau ini telah digunakan secara rasmi pada 2008.

Bangunan asrama baru yang dibina di tapak rumah guru sebanyak 3 buah bangunan yang terdiri daripada asrama putera dan puteri serta dewan makan pada tahun 18 Februari 2008 dan mula digunakan sejak 16 Januari 2011. Dewan makan tersebut mampu menampung seramai 50 pelajar perempuan dan 50 pelajar lelaki. Melalui Transformasi Asrama 2013 – 2020, semua asrama desa diwartakan sebagai Sekolah Asrama Harian.

Lawatan Anwar Ibrahim sunting

Pada 21 Jun 1990, sekolah ini telah dilawati oleh Yang Berhormat Encik Anwar bin Ibrahim, Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu sempena Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini.

Kini sunting

Kini,[bila?] sekolah ini telah mempunyai bangunan yang tersergam indah dan dapat menampung murid seramai lebih kurang 822 dan 57 orang guru serta kakitangan sokongan.

Pencapaian sunting

Kokurikulum sunting

Sekolah ini telah mengalami detik-detik kegemilangan dalam bidang kokurikulum. Antaranya ialah menjadi Johan Bola Sepak Jajahan Kemaman pada tahun 1960, Naib Johan Negeri Terengganu dalam Pertandingan Sepak Raga Jaring pada tahun 1960, dan Johan Peraduan Senaman pada tahun 1974. Manakala pada tahun 1990, sekolah ini telah menjuarai Pertandingan Gimrama peringkat Negeri Terengganu. Dalam bidang hoki pula, sekolah ini telah menjuarai Hoki Peringkat Negeri Terengganu selama 3 tahun berturut-turut iaitu pada tahun 1995, 1996, dan 1997. Pada tahun 1997, sekolah ini telah menjadi Johan MSSM Hoki Lelaki yang dilangsungkan di Kuantan, Pahang. Mulai tahun 2018, SK Kijal telah melakar beberapa catatan kejayaan antaranya dalam naib johan Pertandingan Pesta Pantun Peringkat Negeri di samping pasukan bola sepak sekolah muncul naib johan peringkat daerah Kemaman tiga tahun berturut-turut.

Akademik sunting

Dari segi bidang akademik, ramai bekas muridnya telah berjaya ke menara gading dan menjawat jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam dan sektor swasta.[penjelasan lanjut diperlukan]

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kijal
Jalan Pantai, Kg Ibai, Kijal, Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098589952
Faks = 6098589798
E-mel = tba2013@moe.edu.my

Rujukan sunting

Pautan luar sunting