Sekolah Kebangsaan Kilimu

Sekolah Kebangsaan Kilimu atau nama ringkasnya Sk.Kilimu, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Daerah Ranau.

Sekolah Kebangsaan Kilimu
Lokasi
 Malaysia Pejabat Pendidikan Daerah, 89300, Ranau, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6088876300
Kod sekolahXBA5466
Guru besarPn. Siti Dayang Suhaimin
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Wisnah Awang
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Siti Jubaidah Sidam
Penolong Kanan KokurikulumEn. Tuvin Siong
Faks6088876300
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kilimu memiliki 168 pelajar lelaki dan 140 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 308 orang. Ia mempunyai seramai 29 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah ini ditubuhkan dari usaha tiga buah kampung, iaitu kampung Kilimu, kampung Lukapan dan kampung Tanah Merah. Dengan kerjasama dan usaha JKKK dan ketua kampung Kilimu, Balairaya kampung Kilimu diubah suai menjadi bilik darjah.

Pada 27 April 1997 anak-anak dari tiga buah kampung ini yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pekan ditarik belajar ke Kg.Kilimu menggunakan nama Sekolah Kebangsaan Kilimu cawangan Sekolah Kebangsaan Pekan. Enam orang guru dipindahkan ke sekolah ini dari Sekolah Kebangsaan Pekan yang diketuai oleh En.James Saihing. Awal tahun 1998 bangunan kilat dibina atas tapak tanah sekolah dengan 3 buah bilik darjah dan 1 unit kembar rumah guru.Pada 30 Jun 1998 dengan rasminya berpisah dengan Sekolah Kebangsaan Pekan. Guru Besar pertama Sekolah Kebangsaan Kilimu ialah En. Azmin dengan jumlah guru 13 orang, 6 buah kelas dan seramai 145 orang murid.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kilimu
Beg Berkunci 08
Pejabat Pendidikan Daerah
89300, Ranau
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088876300
Fax = 6088876300

Pautan luar sunting