Sekolah Kebangsaan Kodiang


Sekolah Kebangsaan Kodiang atau nama ringkasnya SK Kodiang, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.

Sekolah Kebangsaan Kodiang
Sekolah Kebangsaan Kodiang.jpg
Lokasi
Kodiang, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
MotoPENGETAHUAN SULUH KEMAJUAN
Nombor sekolah049255726
Kod sekolahKBA4010
Faks049255726

Sekolah Kebangsaan Kodiang mempunyai kod sekolah KBA4010.

Sekolah Kebangsaan Kodiang merupakan sekolah sesi pagi sahaja, dan merupakan sebuah sekolah bantuan kerajaan. Ia mempunyai murid lelaki dan perempuan dan menggunakan bahasa pengantar Bahasa Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Kodiang tidak memiliki asrama.

SejarahSunting

Pada tahun 1929 atas kesedaran orang-orang Melayu betapa pentingnya ilmu untuk anak bangsa, maka didirikan sebuah sekolah yang kemudiannya dinamakan Sekolah Melayu Kodiang mengikut nama tempatnya.

Usaha membangunkan sekolah ini diteruskan oleh pengasasnya Tok Penghulu Awing secara bergotong-royong. Nama Kodiang berasal daripada Bahasa Siam "Ko' Diang" yang bermaksud Bukit Merah. Sekolah ini dibuka dengan rasminya pada 26 Ogos 1932 bersamaan 3 Muharam 1341 Hijrah. Pada tahun 1959 namanya telah ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan Kodiang dan kekal hingga hari ini.

Asal sekolah ini diperbuat daripada kayu bertiang bulat tanpa berturap lantainya. Tahun 1934 kerajaan telah menggantikan dengan bengunan batu yang dikenali sebagai Bangunan A. Pada tahun 1953 Lembaga Didikan telah membangunkan sebuah bangunan yang dikenali dengan Bangunan B. Tahun 1962 sebuah lagi bangunan tambahan didirikan dan dikenali Bangunan C.

Oleh kerana kemasukan murid-murid semakin bertambah tahun demi tahun dan keluasan tanah tidak boleh dibina bangunan tambahan, maka satu lokasi baru dicari.

Akhirnya pada tahun 1983 terbinalah Sekolah Kebangsaan Kodiang di tapak baru dengan bangunan tiga tingkat manakala sekolah lama dikekalkan sebagai sekolah cawangan.

Lebih menarik lagi pada tahun 1990, sebuah Pusat Kegiatan Guru bagi sekolah-sekolah kawasan Kodiang telah dibina dalam kawasan sekolah baru ini. Turut didirikan sebuah kantin, 4 unit rumah guru, 2 bangsal basikal dan didirikan sebuah padang permainan yang luas.

Pada tahun 2004 kelas prasekolah pula dibina. Hal ini berterusan hingga sekarang. Pada tahun 2008, sebuah lagi bangunan baru mula dibina bagi memuatkan murid tahun 2 dan 3 di dalam satu kawasan sekolah. Bangunan ini mula digunakan pada permulaan sesi persekolahan 2010. Manakala bangunan Sekolah Cawangan dijadikan Kelas Asas Fardu Ain (KAFA).

PencapaianSunting

Pada 31/1/2015 hasil dari Perisytiharan Georgetown SK Kodiang, bersama dengan SK Tunku Bendahara dan SMK Tunku Bendahara telah terlibat dengan Transformasi Pendidikan Sekolah-sekolah Kodiang.

26/4/2015 Majlis Pelancaran Transformasi Sekolah-sekolah Kodiang telah disempurnakan oleh Dato' Haji Ahmad Tajudin bin Jab Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia- Bahagian Operasi (Beliau berasal dari Kg. Tengah Kodiang). Pelancaran program ini telah diadakan di Dewan Seri Kemuning, SK Kodiang bersempena dengan Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah-sekolah yang terlibat dengan transformasi pendidikan sekolah-sekolah Kodiang. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Pendidikan Kedah Datin Azuyah Hassan

Pada 8 Ogos 2015, SK Kodiang telah mencipta sejarah lagi apabila telah terpilih menyertai satu program pilot Kementerian Pendidikan Malaysia yang di kenali dengan Program Sekolah Transformasi (PreSTasi) bersama-sama dengan seratus buah sekolah rendah dan menengah lain di seluruh Malaysia.

Lagu SekolahSunting

Di sinilah bermulanya

Usaha dan perjuangan

Mencari ilmu untuk berjasa

Pada nusa dan bangsa

Kejayaan kemajuan

Itulah hasrat kita

Kuatkan azam rajin berusaha

Moga kita berjaya

Pengetahuan suluh kemajuan

Cogan kata untuk semua

Sama ikuti berganding bahu

Tercapailah cita-cita

Disinilah bermulanya

Usaha dan perjuangan

Kuatkan azam rajin berusaha

Moga kita kan berjaya
Kuatkan azam rajin berusaha

Moga kita kan berjaya

AlamatSunting

JALAN KODIANG, KODIANG
06100 Kedah

Pautan luarSunting