Sekolah Kebangsaan Kok Pauh
Sekolah Kebangsaan Kok Pauh atau nama ringkasnya SK Kok Pauh, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Kok Pauh.
Sekolah Kebangsaan Kok Pauh | |
---|---|
Lokasi | |
Kampong Kok Pauh, 17200, Rantau Panjang,, Kelantan Darul Naim Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Ilmu Panduan Hidup |
Nombor sekolah | 0199861436 |
Kod sekolah | DBA3216 |
Pengerusi PIBG | Tn. Haji Mat Rosip |
Guru besar | En. Ghazali |
Faks | 6097951436 |
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kok Pauh memiliki 159 pelajar lelaki dan 163 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 322 orang. Ia mempunyai seramai 26 orang guru.2009
Sejarah
suntingSekolah Kok Pauh merupakan sekolah luar bandar yang terletak di kawasan Rantau Panjang. Jaraknya dengan bandar Rantau Panjang lebih kurang 6 km. Manakala bilangan tenaga pengajar pula seramai 27 orang guru dan 4 kakitangan sokongan. sekolah ini juga mempunyai murid seramai 311 orang yang terdiri dari golongan yang berpendapatan pelbagai. Terdapat juga murid yang berbangsa lain iaitu bangsa siam yang menuntut di sekolah ini. infrastuktur pula memuaskan, selain bangunan dan makmal sekolah yang lengkap dan tidak berasrama. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1947.
Pencapaian
suntingSekolah ini komited dalam melahirkan jaguh hoki. Beberapa orang pelajarnya setiap tahun mewakili pasukan negeri Kelantan dalam kejohanan peringkat negeri. Ini terbukti dengan lahirnya dua orang pemain hoki kebangsaan iaitu Faizal Saari dan Fitri Saari . Ia turut dijadikan penyuntik semangat kepada pelajar yang baru berjinak-jinak dalam sukan ini di SKKP.